...Kisah Cinta 07Feb 2010....

......Hari-hari yang penuh dengan emosi....

Monday, March 7, 2011

Friday, August 27, 2010

Marah!!!!


Huhhh!!!.. hari ni pagi2 lagik aku dh marah.. tension aku hari ni..macam si**l..
aku macam nk pengsan dengan perkara2 si**L ni..

~~ Perut aku ni dah 3 hari rasa tak best.. rasa mcm senggugut.. ntah tak tahu nk citer macam mana..tp rasa dia..macam ko minum air gas banyak giler tapi ko tak mkn pape.. hah!! rasa dia maca, tu lah..padahal aku tak der pun minum gas ke haper.. mmg sgt2 tak selesa.. tp ni aku boleh consider lagi kan.. sbb biasalah maybe rahim nak mbesar ke haper..ni aku mmg tak kisah lah sgt tp mmg tak selesa sgt2..rasa macam nk marah org jerk... macam time period..kan rasa nk marah..

~~ Tadi SIL aku call.. saja2 lah kan.. pastu terkeluar pasal adik ipar aku yg nak sibuk nk kawen sgt tu.. bab ni aku xder lah marah sgt cuma bengang gak lah... adik ipar aku ni nak gak kawen sama tarikh ngn kitaorg.. apa cer??.. dah lah bertunang masa raya sama macam aku..pastu kawen pun terhegeh2 nk sama.. dah lah masa tu aku baru pas pantang..ntah2 dlm pantang..tak ke kesian aku nk balik time tu bawak baby kecil naik flight??.. diorg ni buat keputusan tak pk aku ker apa??.. macam lah tak ader tarikh lain diorg nak buat.. actly aku tak kisah sgt..sbb aku tak heran pun..kalo adik2 aku haruslah aku terasa lbh kan..tp aku MYAMPAH karang laki aku mesti push2 aku suh balik gakk.. tu yg paling aku benci gila2... yg MIL aku pun ikut jerk apa adik ipar aku tu ckp.. SIL aku pun kata ..buatlah bulan June kan.. tp ntah aku tak paham lah.. aku tak kisah lah dia nak buat bulan berapa pun tapi jgn nk push2 aku balik time tu.. mmg nk kenalah.. bukan aku tak hormat kputusan diorg tp diorg tu ader pk tak aku ni macam mana????.. dah of course lah diorg suh laki aku balik..pastu laki aku tinggalkan aku sorang2 kat sini lah??.. BODOHNYA lah aku rasa dgn situasi macam ni..sbb SEUMUR HIDUP AKU..NI FIRST TIME AKU KENA HADAPI SITUASI MACAM NI..

~~ ni pasal kerja.. ader seorg Jepun.. dah lah hari tu rushing nak mampos suh aku siapkan artwork dia.. pastu suka push2 org..cakap BM lagiklah tak tahu..cakap BI hancuss.. pastu jenis tak mo kalah.. dah siap tup2 dia call kata drawing yg dia bagi tu salah..apakahhh???.. dia kata Isnin dia bagi aku drawing baru.. BODOH!!!.. hari tu suh aku rushing siapkan kerja ko.. skrg ko kata drawing tu salah lak.. dah lah ISNIN ni bos aku xder..dah sah2 aku yg kena handle kerja dia.. mmg nak pengsan dah aku rasa sekarang ni.. JEPUN mmg tak habis2 myusahkan hidup org melayu kan..dah lah berlagak..dtg negara org..satu perkataan bahasa melayu pun tak mo belajar.. cakap BI lagiklah belit2..pening aku pk nk paham apa dia cakap..

~~ ni pasal CONSOB lakk.. asik call kata urgent2.. dah lah satu printing kena tukar.. bagi artwork tapi macam SI**.. pastu call..call. call tanya mana artwork dia.. APA KO INGAT AKU BUAT KERJA KO SORANG JE KER??... tak pasal2 aku hangin hari ni kat opis..semua org diam..
kalo setakat ko bagi artwork tapi artwork ko tu langsung tak membantu aku..malah memeningkan kepala aku..baik tak payah.. pastu call.. push2 bos aku kata URGENT.. bagi artwork hanya setakat melepaskan TAHI ko kat tangga jer kan..

Mmg aku btl2 tgh hangin ni.. nasib aku tak puasa..kalo tak sia2 jerk aku puasa hari ni..pagi2 dah dapat 'kosong'.. sorry kalo bahasa aku ni kasar nak mampos kan tp mmg aku tak leh tahan dah ni.. rasa macam nk mjerit jerk kuat2..macam org gila dah lak aku rasa... ni balik umah lak.. apa ntah lagik yg boleh buat aku hanginnn!!!!!!!

Thursday, August 26, 2010

Pemalas sungguh!

Adoi..pemalas sungguh aku ni..dah berapa lama blog ni tak berupdate..
bkn xder citer..tp aku yg malas.. adoi!!

tgk lah blog aku ni..
tak macam blog org.. ntah pape..
biarlah..bukan aku kaki update pun..
nnti lah bila aku rajin masa tu aku bagi chantekk blog haku yeee..
masa tu baru korang tahu aku btl2 tgh rajin hahahahahaha
triple rajin lah tuu...

smlm p cek up kat Kpmc, Kajang..semuanya ok..alhamdulillah..
cuma doc kata.. baby still kepala kat atas.. dari first cek up sampai smlm..
nmpknya kena pujuk baby turun kepala ke bawah lah dah nk waktu bersalin nnti..
tp doc kata awal2 ni takper.. jgn nnti mula2 kepala kat bwh..
last2 bila nk bersalin kepala kat atas lak.. huhuhu.. harap2 jgnlah erk baby!!

berat aku naik 1. lbh.. nasib baik..mmg takut kalo berat naik mendadak..
tp mmg aku perasan selera aku tak berapa baik sejak akhir2 ni..
pening pale pk nak makan apa..kalo p bazar ramadhan tu..
mmg kena round berkali2.. nk beli apa..
masak mmg tak lah time kerja ni..mana larat beb..
badan aku lak selalu sakit2..
kalo tak nasib baik..dtg sekali ngn pakej pening+nk muntah.. haruuuu!!

hari ni suami aku ajak makan kat hotel bos dia..
harap2 makanan kat sana sedap2 lah hendaknya sbb tekak aku yg mmg
sedia fussy ni..bertambahlah fussy sejak preggy ni..

tekak aku ni dah jadik macam awal2 preggy dulu lah pulak...
nasi mmg tak lalu sangat..lbh suka mee ke..kew tiow ker..
hari tu aku masak makaroni goreng..
aku lah yg melantak semua sbb suami aku kurang sket bab2 makaroni ni..
aku ingat nk buat speggeti tp blom dtg kerajinan lagi lah pulak..
lagipun boringlah kalo mkn sorang..
sbb aku pun tak tahu suami aku tu nk mkn tak..
kalo aku tanya dia jerk dia cakap.. "masaklah.."
last2 aku yg melantak sorang...

aku nak ajak suami aku makan lagi kat Kenny Rogers lah..
tp dia tak nak..dia kata membazir asik makan kat situ jerk..
pastu siap cakap..aku masak lagik sedap..
mmg ayat bodek aku ker hape??..
tapi aku asik terbayang2 air (apa ntah nama dia aku lupa..kena buka website Kenny ni..)
kawan aku cakap boleh jerk kalo aku nk beli air jerk..
tp macam apa lah pulakkk..
sedap btl lah air tu.. huhuhu.. *sambil telan air liur..*
tp hari tu suami aku bawak aku p Sturbuck..
tp aku mmg tak leh ar minum Sturbuck..pening gila pale aku..
balik tu pas minum aku terus terbongkang macam org kena dadah lah pulak..
pening sesangat.. taubat aku tak mo minum Sturbuck lagikkk..
tp..kek dia sedap.. ntah apa ntah nama kek tu..
*maaf ibu hamil mmg mudah lupa..*
ala..yg ader coklat n atas dia penuh coklat panjang2 tu..

agak2nya kan..kat hotel bos suami aku tu ader tak menu cam tu??...huhuhuhu
*gila mengidam tak hentiii....*

Monday, August 2, 2010

Kisah Iblis bernama Khannas

Sesungguhnya Iblis tidak pernah penat berusaha untuk bersemayam dalam setiap hati manusia, mengikuti gerak-gerinya dengan harapan akan dapat menghancurkan dan memusnahkan kehidupan seseorang.

Dalam sebuah cerita disebutkan bahawa pada suatu hari Nabi Adam as keluar rumah untuk mencari nafkah, maka datanglah Iblis bersama anaknya yang bernama Khannas menemui Hawa. “Aku ingin menumpangkan anak ku di sini, kerana ada satu keperluan yang penting, aku harus pergi sendiri,” kata Iblis. Kemudian Hawa menerima anak Iblis tersebut. Ketika Nabi Adam pulang, dia bertanya; “Anak siapakah ini?” Hawa menjawab; “Iblis menumpangkannya kepada ku.” Adam menjadi marah, lalu Khannas dibunuhnya dan dipotong-potongnya. Kemudian setiap potongan badan Khannas disangkutnya di atas dahan-dahan pohon kayu. Setelah itu Adam pergi lagi. Tidak lama kemudian Iblis datang dan menanyakan tentang anaknya. Hawa menceritakan kepada Iblis tentang apa yang telah terjadi. Lalu Iblis memanggil nama anaknya “Ya Khannas! Wahai yang tersembunyi!” maka kepingan-kepingan tubuh Khannas bersatu lagi, kemudian menyambut kedatangan ayahnya Iblis.

Setelah itu Iblis kembali lagi, ia menumpangkan anaknya lagi kepada Hawa. Hawa menolak untuk menerima anaknya itu. Tapi dasar iblis pandai merayu, sekali lagi Hawa menerima anak Iblis tersebut. Ketika Nabi Adam pulang dari mencari nafkah didapatinya anak Iblis itu masih ada lagi, Adam menjadi marah sebenar-benar marah. Dibunuhnya anak itu, mayatnya dibakar, abunya dibuang ke sungai-sungai dan ke merata tempat. Keesokan harinya iblispun datang kembali kepada Hawa untuk melihat anaknya yang diserahkan kepada Hawa. Iblis bertanya kepada Hawa. “Wahai Hawa. dimanakah anakku?”. lalu Hawa pun memberitahukan apa yang telah dilakukan oleh Nabi Adam as terhadap anaknya. iblis pun segera berlari dengan cepat menuju ke laut dan berteriak memanggil anaknya. “Yaa Khannaas!”. maka anak iblis yang sudah menjadi abu dan dibuang merata-rata oleh Nabi Adam a.s. bersama ombak, bersatu kembali menjawab panggilan bapaknya.

Kemudian Iblis menumpangkan anaknya itu kepada Hawa lagi. “Kali ini pastilah Adam akan membunuh ku”, kata Hawa. Namun Iblis yang pandai merayu itu dapat melemahkan hati Hawa sehingga menerima kembali anak tersebut. Kemudian Adam pulang, kemarahannya sudah tidak tertahan, lalu anak Iblis itu disembelihnya dan dimasaknya. Kemudian sebahagian dimakannya dan sebahagian lagi diberikannya kepada Hawa. Ketika Iblis datang Hawa menceritakan apa yang telah terjadi. “Inilah yang ku inginkan!”, kata Iblis. “Aku ingin bersemayam di dada Adam, dan kini hasrat itu telah terkabul.

Maka, sejak saat itulah Iblis selalu berada dalam diri manusia. Iblis termasuk makhluk yang tabah dalam menggoda manusia. Ia berusaha berbagai upaya untuk memperdayakan manusia, dan bahkan ia bermohon kepada Allah agar hidup sampai hari kiamat untuk melakukan hasratnya itu.

*Riwayat ini disampaikan oleh At Tirmidzi Al Hakim dalam Kitab Nawadir Al Ushul dari Wahab bin Munabbih dan dinukil Imam Al Qurtubhi dalam Kitab Tafsirnya.

Sebutan khannas itu diberikan karena ia sering bersembunyi. Sesungguhnya Iblis itu akan selalu duduk di dalam hati, setiap aliran darah dan nafas anak cucu Adam. Apabila mereka lalai maka ia akan membisik-bisikan kejahatan dan kemaksiatan dengan pujukan-pujukan indah yang mengalir dalam darah manusia. Tetapi apabila mereka ingat dan berdzikir kepada Allah maka ia akan bersembunyi pada satu sudut kesepian dan kelaparan.

Inilah antara tugas-tugas Khannas yang boleh disimpulkan:

Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum. Apa-apa aktiviti yang kita buat ia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.

Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, sebab tula siapa-siapa yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat. Kaedah nak halang, baca Bismillah then selawat, surah An-Nas dan kemudian baca A'uzubillahiminasyaitonnirajim 3 kali dan ludah sikit di bahu kiri 3 kali jugak sebelum mula solat.

Time buat kerja kita keliru dan ingat-ingat lupa "Eh, dah buat ke belum ye, dah ke belum ni?" ubatnya banyakkan BERISTAGAFAR.

Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya? banyakkan Zikir.
Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini. Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa. Sekurang2nya BISMILLAH.

Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.

Tengoklah bagaimana Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam.

Surah An Nas juga turut mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz ini yang sentiasa buat kita was-was.Walllahualam.
Apa-apa pun mulakan setiap kerja dan aktiviti dengan nama Allah BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM.

Sunday, August 1, 2010

Tabah hati seorang wanita


Sebenarnya entri ni dh lama aku nk post tp asik tertangguh.. malas pun ader hahahaha.. sbb syok sgt baca blog org hingga blog sendirik pun terabai..

Ni aku nk cerita sikit.. ader satu hari tu aku bangun awal sbb excited nk masak breakfast tuk aku dan suami so buka lah TV9 tgk rancangan Nasi Lemak Kopi o..pengacaranya Sharifah Shahirah n Fara Deeba.. dan ader satu segmen tu.. mrk mjemput anne ngasri.. sejuk jerk tgk muka dia lbh2 lagik sejak dia dh bertudung ni..

mcm yg korang tahu.. dia kan dah sah bercerai talak 3 dgn suami dia.. talak 3 ok.. dan dia sedang preggy 6 bulan.. adoiii.. kesiannya.. tp kalo tgk muka dia mmg tabah habis.. dia senyum saja tapi dlm hati siapa tahu kan.. tp kalo tgk dia mmg salute lah.. tabah sgt..

aku yg sibuk kat dapur intai2 nk tgk rancangan tu.. n ramai gak penonton yg call..minta pendapat dan tanya macam mana dia boleh lihat tabah dan senyum jer.. tp last2 tu akhirnya anne menangis jugak.. sbb mungkin dia terharu dgn sokongan yg org ramai beri pada dia.. aku pnh baca news paper.. mak anne ni kata.. anne ni sgt2 lah perahsia orgnya.. macam mana besar masalah pun dia tanggung sendirik...

aku yg duk intai2 ni pun tergenang gak air mata.. sedih wei.. bkn apa.. dah lah preggy lak tu..nk hadap semua tu sendirian.. nasib lah dia ader dua org hero..mungkin jadi sumber kekuatan kan.. tp dia kata... anak dlm rahim tu yg buat dia kuat.. dia ckp anak tu mcm paham situasi ibu dia.. Allah tu Maha Kuasa kan.. cthnya macam Nora Danish pun macam tu gak.. kena cerai masa preggy.. so kuat sbb anak..

aku mmg suka tgk anne ni.. lagi2 masa dia berlakon dalam dunia baru jadi madihah.. mmg dia berlakon tak plastik lah.. pastu aku ingat drama anak angkat dia berlakon masa kecil2 dulu mmg best.. sampai menang award tau.. tp dia jarang berlakon filem.. banyak drama jerk walaupun dah lama berlakon.. muka dia pun sweet jerk.. tenang jerk..

apa2 pun.. doakan lah yg terbaik tuk dia n anak2 dia kan.. kita tak tahu masalah org macam mana.. berat mata memandang, berat lagik bahu yg memikul..

Nota Tumit: Gambar tu ehsan dr Mr. Google okies...

Friday, July 9, 2010

~~Jangan Tau~~

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil
iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S.
W. T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri
terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana
ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi
itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan.
Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi
dosa.

10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap
kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan rezeki kita.

16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang
teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.

19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama
dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat
tinggal jin kafir dan syaitan.

21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke
rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama
seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita
bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.

24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya
untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

~Panduan Menamakan Bayi Anda~


1. Sekadar Nama


Nama-nama yang panjang bukan sahaja merumitkan proses menulis nama-nama tersebut, malahan menyukarkan untuk orang lain menyebutnya. Seterusnya, yang menyebabkan panggilan jolokan seperti penggunaan hujung nama tersebut yang lebih mudah walaupun tidak mempunyai maksud langsung dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Kejadian-kejadian seperti ini boleh membuat tidak puas hati di kalangan yang empunya nama. Oleh kerana itu, eloklah kita memberikan nama yang mempunyai maksud yang balk dalam agama kita, daripada kita membuta tuli memberikan nama yang kita fikirkan sedap didengar untuk anak-anak kita.


2. Kebangsaan


Kita mengetahui bahawa agama Islam adalah agama universal, tetapi kita boleh perhatikan bahawa negara-negara Islam lain di seluruh dunia mempunyai identiti sendiri menamakan anak-anak mereka, baik di Arab Saudi, India, Indonesia, Malaysia, Bangladesh, mahupun di negara China. Sekiranya anda ingin memberikan nama yang berbau kemelayuan atau kenegerian seperti Siti, Seri, dan Daeng, pastikan ia tidak sukar untuk disebut atau ditulis yang boleh menyebabkan masalah kepada anak anda nanti.


3. Keagamaan


Dalam agama Islam, Rasulullah (s.a.w.) telah menganjurkan supaya kita memilih nama yang balk untuk anak-anak kita. Sabda Nabi yang telah diriwayatkan : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari Qiamat nanti dengan nama-nama kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu".


4. Jantina


Kita bersyukur kerana ramai antara kita tahu membezakan antara nama-nama lelaki dan perempuan. Tetapi ada sesetengah yang kurang bernasib baik mempunyai nama-nama berlainan jantina seperti Mazrin atau Norulhuda, untuk lelaki dan sebaliknya Mahfuz atau Hanis, untuk perempuan. Akhirnya, anak-anak lelaki akan Iebih berasa tertekan atau diejek apabila mereka disangka perempuan daripada anak-anak gadis yang disangka lelaki. Walaupun begitu ada nama-nama yang boleh digunakan oleh kedua-dua jantina tersebut seperti Azizi dan Noor. Dan ada juga menambah nama-nama awalan seperti Muhammad (lelaki) atau Nurul (perempuan).


5. Berapa Nama


Tiada undang-undang di negara kita yang menghadkan kita untuk meletak berapa banyak atau berapa panjang nama untuk anak-anak kita. Pastikan nama anak anda tidak terlalu panjang yang menyukarkan mereka sendiri nanti untuk mengisi borang-borang pekerjaan atau sebagainya. Dan yang paling sedih sekiranya ada anak-anak gadis yang bernama panjang yang sukar untuk bakal suami mereka menyebut ketika majlis akad nikah nanti. Jangan salahkan bakal menantu anda ataupun tok kadi, sekiranya akad nikah anak gadis anda diulang beberapa kali!


6. Sebutan Glamor


Nama-nama yang panjang biasanya menyukarkan untuk orang lain menyebut dengan betul. Kesukaran yang paling ketara apabila mereka mahu menyebut nama tersebut dengan kerap. Mempunyai nama-nama yang sebutannya sedap didengar dan glamor boleh membuat seseorang itu berasa bangga, tapi ia juga akan membuat yang empunya nama berasa tertekan.


7. Kemasyhuran Nama


Nama-nama popular yang digunakan seperti Muhammad, Ali, Ahmad, Siti, ataupun Nurul membuatkan anak-anak anda berasa seperti orang kebanyakan, kerana mereka berasakan seperti berkongsi nama dengan yang lain. Walau bagaimanapun, nama-nama yang jarang kita dengar akan membuatkan anak-anak kita berasa terasing kerana ia berbunyi pelik dan ganjil.



8. Keunikan Nama


Pernahkah anda membelek buku telefon dan mencari nama seseorang seperti Ahmad Hassan? Anda mungkin tidak dapat mencarinya tanpa melihat alamat beliau. Ada sesetengah ibu bapa memberi nama yang unik seperti Jalwa atau Difun yang akan menyebabkan orang lain kurang memberi perhatian kepada mereka.


9. Nama Panggilan


Kebanyakan nama dipendekkan atau diberikan jolokan ketika mereka masih kecil dan di zaman remaja. Contohnya, Syamsuddin mungkin dipanggil Sam ketika kecil, Din ketika remaja, dan Sudin ketika memasuki universiti. Jadi jika anda tidak mahu anak perempuan anda dipanggil Sam, jangan namakan mereka Syamsiah.


10. Makna


Kebanyakan kita tidak tahu makna ataupun erti nama kita sendiri, dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Arab. Tetapi kebanyakan nama-nama ada makna dan anda sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, pastikan anda tahu makna nama-nama tersebut sebelum menamakan anak anda. Nama yang berbunyi pelik, kelakar, memalukan, dan menjijikkan kemungkinan besar tidak memberi kesan kepada masa depan anak-anak anda. Tetapi jika anda mempunyai pilihan, nama-nama yang mempunyai makna yang baik akan membuat anak-anak anda bersyukur dan berterima kasih dengan pilihan anda.


11. Pertukaran Nama


Mengikut Akta Jabatan Pendaftaran Negara, anda dibenarkan menukar nama anak dalam masa setahun dari tarikh pendaftaran. Selepas itu, anda dibenarkan membuat tambahan ataupun alias @ tanpa membuang nama asal anak anda. Pastikan anda memeriksa dahulu bakal nama yang anda pilih, walaupun pertukaran boleh dibuat, bukankah itu merumitkan?

12. Rujukan


Banyak buku-buku rujukan nama terdapat di pasaran, tetapi kebanyakan buku-buku tersebut hanya menggambarkan sesuatu golongan ataupun pilihan pihak tertentu. Pastikan anda mempunyai beberapa buku rujukan, ataupun bertanya dengan rakan-rakan yang lebih berpengetahuan dari segi agama. Dan yang paling penting, pastikan anda tahu makna dan juga ejaan dalam bahasa Arab yang asal.


13. Tajul Muluk


Apakah itu Tajul Muluk? Sekiranya kita bertanya orang-orang tua ataupun datuk-datuk kita, kebanyakan mereka menggunakan buku rujukan ataupun kitab-kita lama, seperti kitab Tajul Muluk. Tajul Muluk ada!ah sebuah kitab yang menceritakan dan memberi anda petua seperti menamakan nama bayi yang baru lahir ataupun bilakah hari yang elok untuk mendirikan rumah dan sebagainya. Dalam zaman teknologi yang senba canggih ini, kitab-kitab seperti itu sudah lama kita lupakan. Walau bagaimanapun, anda tidak bersalah atau berdosa sekiranya anda tidak menggunakan kitab-kitab tersebut.

14. Pilihan Siapa


Siapa yang sepatutnya memiIih nama-nama anak kita? Pilihan ibu, bapa, datuk, alim ulama ataupun pilihan anak-anak kita sekarang? Biasanya anak sulung menjadi mangsa bilamana ibu dan bapanya memiIih untuk menggabungkan nama mereka. Pernahkah anda terjumpa kawan anda yang bernama Yuziah -kacukan nama ibu (Fauziah) dan nama bapa (Yusuf)? Sesiapapun boIeh memiIih, selagi nama tersebut mempunyai maksud.


Nota Tumit: Pening nk fikir nama anak..