...Kisah Cinta 07Feb 2010....

......Hari-hari yang penuh dengan emosi....

Friday, July 9, 2010

~~Jangan Tau~~

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil
iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S.
W. T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri
terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana
ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi
itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan.
Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi
dosa.

10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap
kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan rezeki kita.

16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang
teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.

19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama
dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat
tinggal jin kafir dan syaitan.

21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke
rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama
seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita
bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.

24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya
untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

~Panduan Menamakan Bayi Anda~


1. Sekadar Nama


Nama-nama yang panjang bukan sahaja merumitkan proses menulis nama-nama tersebut, malahan menyukarkan untuk orang lain menyebutnya. Seterusnya, yang menyebabkan panggilan jolokan seperti penggunaan hujung nama tersebut yang lebih mudah walaupun tidak mempunyai maksud langsung dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Kejadian-kejadian seperti ini boleh membuat tidak puas hati di kalangan yang empunya nama. Oleh kerana itu, eloklah kita memberikan nama yang mempunyai maksud yang balk dalam agama kita, daripada kita membuta tuli memberikan nama yang kita fikirkan sedap didengar untuk anak-anak kita.


2. Kebangsaan


Kita mengetahui bahawa agama Islam adalah agama universal, tetapi kita boleh perhatikan bahawa negara-negara Islam lain di seluruh dunia mempunyai identiti sendiri menamakan anak-anak mereka, baik di Arab Saudi, India, Indonesia, Malaysia, Bangladesh, mahupun di negara China. Sekiranya anda ingin memberikan nama yang berbau kemelayuan atau kenegerian seperti Siti, Seri, dan Daeng, pastikan ia tidak sukar untuk disebut atau ditulis yang boleh menyebabkan masalah kepada anak anda nanti.


3. Keagamaan


Dalam agama Islam, Rasulullah (s.a.w.) telah menganjurkan supaya kita memilih nama yang balk untuk anak-anak kita. Sabda Nabi yang telah diriwayatkan : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari Qiamat nanti dengan nama-nama kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu".


4. Jantina


Kita bersyukur kerana ramai antara kita tahu membezakan antara nama-nama lelaki dan perempuan. Tetapi ada sesetengah yang kurang bernasib baik mempunyai nama-nama berlainan jantina seperti Mazrin atau Norulhuda, untuk lelaki dan sebaliknya Mahfuz atau Hanis, untuk perempuan. Akhirnya, anak-anak lelaki akan Iebih berasa tertekan atau diejek apabila mereka disangka perempuan daripada anak-anak gadis yang disangka lelaki. Walaupun begitu ada nama-nama yang boleh digunakan oleh kedua-dua jantina tersebut seperti Azizi dan Noor. Dan ada juga menambah nama-nama awalan seperti Muhammad (lelaki) atau Nurul (perempuan).


5. Berapa Nama


Tiada undang-undang di negara kita yang menghadkan kita untuk meletak berapa banyak atau berapa panjang nama untuk anak-anak kita. Pastikan nama anak anda tidak terlalu panjang yang menyukarkan mereka sendiri nanti untuk mengisi borang-borang pekerjaan atau sebagainya. Dan yang paling sedih sekiranya ada anak-anak gadis yang bernama panjang yang sukar untuk bakal suami mereka menyebut ketika majlis akad nikah nanti. Jangan salahkan bakal menantu anda ataupun tok kadi, sekiranya akad nikah anak gadis anda diulang beberapa kali!


6. Sebutan Glamor


Nama-nama yang panjang biasanya menyukarkan untuk orang lain menyebut dengan betul. Kesukaran yang paling ketara apabila mereka mahu menyebut nama tersebut dengan kerap. Mempunyai nama-nama yang sebutannya sedap didengar dan glamor boleh membuat seseorang itu berasa bangga, tapi ia juga akan membuat yang empunya nama berasa tertekan.


7. Kemasyhuran Nama


Nama-nama popular yang digunakan seperti Muhammad, Ali, Ahmad, Siti, ataupun Nurul membuatkan anak-anak anda berasa seperti orang kebanyakan, kerana mereka berasakan seperti berkongsi nama dengan yang lain. Walau bagaimanapun, nama-nama yang jarang kita dengar akan membuatkan anak-anak kita berasa terasing kerana ia berbunyi pelik dan ganjil.



8. Keunikan Nama


Pernahkah anda membelek buku telefon dan mencari nama seseorang seperti Ahmad Hassan? Anda mungkin tidak dapat mencarinya tanpa melihat alamat beliau. Ada sesetengah ibu bapa memberi nama yang unik seperti Jalwa atau Difun yang akan menyebabkan orang lain kurang memberi perhatian kepada mereka.


9. Nama Panggilan


Kebanyakan nama dipendekkan atau diberikan jolokan ketika mereka masih kecil dan di zaman remaja. Contohnya, Syamsuddin mungkin dipanggil Sam ketika kecil, Din ketika remaja, dan Sudin ketika memasuki universiti. Jadi jika anda tidak mahu anak perempuan anda dipanggil Sam, jangan namakan mereka Syamsiah.


10. Makna


Kebanyakan kita tidak tahu makna ataupun erti nama kita sendiri, dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Arab. Tetapi kebanyakan nama-nama ada makna dan anda sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, pastikan anda tahu makna nama-nama tersebut sebelum menamakan anak anda. Nama yang berbunyi pelik, kelakar, memalukan, dan menjijikkan kemungkinan besar tidak memberi kesan kepada masa depan anak-anak anda. Tetapi jika anda mempunyai pilihan, nama-nama yang mempunyai makna yang baik akan membuat anak-anak anda bersyukur dan berterima kasih dengan pilihan anda.


11. Pertukaran Nama


Mengikut Akta Jabatan Pendaftaran Negara, anda dibenarkan menukar nama anak dalam masa setahun dari tarikh pendaftaran. Selepas itu, anda dibenarkan membuat tambahan ataupun alias @ tanpa membuang nama asal anak anda. Pastikan anda memeriksa dahulu bakal nama yang anda pilih, walaupun pertukaran boleh dibuat, bukankah itu merumitkan?

12. Rujukan


Banyak buku-buku rujukan nama terdapat di pasaran, tetapi kebanyakan buku-buku tersebut hanya menggambarkan sesuatu golongan ataupun pilihan pihak tertentu. Pastikan anda mempunyai beberapa buku rujukan, ataupun bertanya dengan rakan-rakan yang lebih berpengetahuan dari segi agama. Dan yang paling penting, pastikan anda tahu makna dan juga ejaan dalam bahasa Arab yang asal.


13. Tajul Muluk


Apakah itu Tajul Muluk? Sekiranya kita bertanya orang-orang tua ataupun datuk-datuk kita, kebanyakan mereka menggunakan buku rujukan ataupun kitab-kita lama, seperti kitab Tajul Muluk. Tajul Muluk ada!ah sebuah kitab yang menceritakan dan memberi anda petua seperti menamakan nama bayi yang baru lahir ataupun bilakah hari yang elok untuk mendirikan rumah dan sebagainya. Dalam zaman teknologi yang senba canggih ini, kitab-kitab seperti itu sudah lama kita lupakan. Walau bagaimanapun, anda tidak bersalah atau berdosa sekiranya anda tidak menggunakan kitab-kitab tersebut.

14. Pilihan Siapa


Siapa yang sepatutnya memiIih nama-nama anak kita? Pilihan ibu, bapa, datuk, alim ulama ataupun pilihan anak-anak kita sekarang? Biasanya anak sulung menjadi mangsa bilamana ibu dan bapanya memiIih untuk menggabungkan nama mereka. Pernahkah anda terjumpa kawan anda yang bernama Yuziah -kacukan nama ibu (Fauziah) dan nama bapa (Yusuf)? Sesiapapun boIeh memiIih, selagi nama tersebut mempunyai maksud.


Nota Tumit: Pening nk fikir nama anak..

Thursday, July 8, 2010

Warkah


Assalamualaikum sayang..
Apa khabar?.. Ibu harap anak ibu baik2 sahaja walaupun ibu tak tahu bagaimana keadaan anak ibu.. tapi ibu berdoa dan berharap semuanya baik2 saja ye.. ohh..tujuan ibu melayangkan warkah ini adalah utk meluahkan apa yg ibu rasa.. Ibu tahu ibu mungkin bukan ibu yg baik..tapi ibu cuba utk jadi yg terbaik untuk anak-anak ibu..itu harapan dan impian bukan sekarang..tapi berkurun dulu.. Ibu mmg tak ada pantang apa2.. sbb ibu alami alahan yng teruk.. jadi apa saja makanan dan minuman yg boleh, ibu makan dan minum saja.. maafkan ibu sbb masa alahan tu..ibu tak makan dan minum apa-apa pun..sampai ibu rasa perut ibu sakit sgt..tulang belakang ibu sakit..dan ibu menangis sbb tak tahan dgn sakit tu.. tapi ibu takut nk mkn atau minum sbb ibu tak sanggup menghadapi sakit dan seksanya bila muntah..ia menambahkan sakit badan ibu.. ibu mengeluh..menangis..tapi bkn sbb ibu keluh adanya anak ibu ni..tp ibu sedih sbb ibu tak berjaya jadi ibu yg baik.. ibu sedih bila makanan yg ibu makan keluar balik sedangkan makanan tu penting tuk anak ibu.. ibu fikir..apalah anak ibu nak makan kalo semuanya dah keluar balik sbb ibu muntah..tapi anak ibu kuatkan.. ibu hanya harap dgn asid folik sahaja masa tu..ibu tekad gak makan asid folik walaupun ada ketikanya mmg macam nk muntah balik tapi ibu tahan sedaya upaya ibu..ibu harap sangat kalau pun ibu tak makan..asid folik tu boleh tlg anak ibu.. ibu minta maaf kalau ibu ada sakitkan anak ibu..sbb ibu ada perasan ibu ada rasa sakit perut sgt..tapi masa tu ibu tak tahu ibu mengandung.. ibu cuci rumah kita..ibu jalan laju-laju sbb ibu mmg tak tahu ibu mgandung walaupun kadang2 ibu rasa pening dan nak muntah..hati ibu kuat mengatakan ibu mengandung tapi bila ibu buat ujian kehamilan ianya Negatif..kata makcik ibu..iaitu nenek Ana kamu..sbb masatu kamu kecil lagik..jadi tak dapat nk kesan kehadiran kamu... Maafkan ibu yee.. ibu mmg btl2 tak tahu masa tu.. tapi macam ibu katakan tadi..ibu yakin anak ibu ni kuat.. kuat macam ibu kan??.. Skrg..Alhamdulillah.. alahan ibu dah kurang..ibu dah boleh makan dan minum..cuma biasalah kdg2 ibu rasa nk muntah.. penat dan ibu masih tak boleh minum air masak.. tapi itu pun ibu dah rasa bersyukur sangat..sbb ibu dah boleh makan..jadi anak ibu dah dapat sumber makanan dari ibu kan..berat ibu pun dah naik skrg, kalo dulu..ibu hilang 5kg masa 3 bulan pertama hamilkan kamu.. baru-baru ini ibu pergi buat pemeriksaan di klinik..berat ibu naik 2 kilo..oklah kan..atleast doktor pun dah tahu ibu dah ader selera makan balik..skrg pun ibu asyik lapar saja..dan kalo lapar mmg ibu akan terus makan..sbb kalau tak..perut ibu akan masuk angin dan sakit.. jadi ibu makin sikit2 tapi kerap.. lagi satu sbb ibu fikirkan kamu..ibu tahu bila ibu lapar..kamu pun akan lapar kan..jadi ibu tak mahu anak ibu lapar..kalau ibu lapar tak apa..tapi kalau anak ibu lapar..luluhnya hati ibu.. Duit gaji ibu semuanya banyak ibu habiskan beli makanan yg ibu rasa nk makan.. Uwan (panggilan untuk 'ayah' bagi orang Brunei) mmg tak halang ibu nk beli apa pun jadi ibu suka sangat..tapi kan ibu perasan kamu ni cerewet kan?.. semalam kamu ok saja makan makanan tu..tapi esok bila ibu beli lagi..kamu dah tak mahu..ibu muntah dan ibu rasa makanan tu dah tak sedap dah.. pastu ibu selalu terbayang makanan yg mahal-mahal.. bila dah terbayang ibu beli saja walaupun berapa harganya.. mula2 dulu ibu langsung tak boleh makan nasi..benci btl tgk nasi..ibu suka spagetti..makaroni, penne.. hahaha..memang selera mat salleh kan.. tapi sekarang dah boleh dah..tapi itu pun tgk nasi macam mana.. kalo beras murah mmg ibu tak selera..hamboi.. cerewet sungguh.. org kata tu mak nya yang mengada..tapi ibu diam saja..nk buat macam mana..org tak hamil tak tahu lah..lagipun bkn semua org sama kan..macam kawan ibu..tiap kali pakai tudung dia muntah..kalo pakai tudung tgk cermin lagilah muntah..pelik kan?..tapi itulah kenyataannya..lain orang lain ragamnya..tak sama..so ibu tak kisahlah bila org nk kata ibu mengada ker apa.. bkn ibu minta duit sesiapa pun..asal anak ibu sihat sudahlah.. btl tak?.. ibu ingat..ibu nak mula beli barang kamu..kesian pula ibu tgk kamu..satu apa pun tak beli..atleast adalah sepasang dua baju utk kamu kan..bukan ibu tak mahu beli tapi ibu sekrg malas btl nak keluar..apatah lagi pergi tempat-tempat yg sesak dan ramai orang.. ibu rasa nak lepak di rumah saja..apatah lagi rumah kita tu sejuk tau..mlm2 ibu tak buka kipas pun..tapi macam duduk kat cameron.. sejuk sangat..mmg rasa syok jerk lepak kat umah.. dapur gas pun ibu dan uwan tak beli lagik sbb tak keluar pun shopping.. teruk kan??.. hahahahah.. ibu ingat nak beli sekrg bkn apa..bulan depan dah mula puasa..masa tu mesti ibu lagi penat kalau nak keluar..walaupun ibu tak tahu ibu puasa ker tak nanti.. tapi kalau haus atau lapar ker takkan ibu nk p singgah Mc D pulak kan..malulah.. ibu nak beli sikit2.. sbb ibu tak mahu rasa pengaliran wang yang banyak nnti.. skrg ibu tengah survey apa brg yang penting dan yang tak berapa penting.. lagipun ibu dan uwan baru pindah rumah..barang2 rumah pun banyak nak beli lagi jadi ibu kena bijak dalam berbelanja kan..hahaha tapi kalau bab makanan mmg ibu tak bijak pun..ibu beli saja apa yang ibu nak makan..hehehe... Nama kamu pun ibu belum cari btl2 lagi..adalah hari tu cari tapi ibu tak puas hati lagi..macam nak cari lagi yang betul2 memuaskan hati ibu..mestilah ibu nak yang terbaik untuk anak ibu kan..nama pun yang punya maksud yang baik-baik je kan.. jadi nak yang terbaik makan masa juga..betul tak?.. Dulu masa anak dara..ada juga ibu cari nama konon-konon senang bila dah nak ada anak.. tapi bila btl nak ada anak..tak semudah yang disangka pula kan..nak nama yang baik-baik dan sedap.. ibu tak mahu bagi nama yang sedap tapi tak tahu apa maksudnya.. ibu nak nama anak ibu tu jadi doa.. semua pun mahu yang terbaik untk anak-anak kan..ibu pun macam tu.. Anak ibu sayang.. ibu tak kisah apa jantina kamu..lelaki atau perempuan tetap anak ibu kan..walaupun ibu harap dulu masa tu belum kahwin lagi..kalau anak sulung biarlah lelaki..tapi sekarang ibu tak kisah..lelaki atau perempuan ibu sayang juga sbb darah daging ibu kan.. ibu cuma harap kamu sihat sempurna dan segala-galanya selamat..Ibu cuma harap..kamu jadi anak yang baik..walaupun ibu pun bukan baik sangat tapi kamu contohilah apa-apa sifat baik yang ada dalam diri ibu.. yang tak baik tu kamu jgn pula ikut yee.. ibu doakan kamu jadi anak yg kuat menempuh cabaran di dunia..hidup di dunia mmg banyak cabaran tapi kamu jangan risau..ibu akan sentiasa memimpin kamu supaya kamu tak terbabas dan ibu sentiasa ada di sisi kamu bila kamu memerlukan..ibu nk kamu tahu..kasih ibu sampai ke syurga untuk anak-anak ibu..ibu sanggup berkorban apa saja..sbb tu ibu tak fikir langsung sakit nak bersalin nnti macam mana..bagi ibu, ibu akan buat sebaiknya utk melahirkan anak ibu nnti..sakit pun sakit lah kan..dapat pahala.. jadi apa yg ibu nak takutkan?..ibu cuba hadapinya dengan tenang sbb ibu sayang anak-anak ibu.. ibu rasa..semua yg bergelar ibu pun sama macam ibu.. semua sanggup berkorban utk anak-anaknya.. sbb itu..syurga di bawah tapak kaki ibu..ingat yee..

Salam Sayang,
Ibu

Wednesday, July 7, 2010

Suroh Luqman, Suroh Maryam dan Suroh Yusof

Aku tgh mencari ketiga2 suroh ini..
Nak download tapi asik tak boleh jerk?...apasal hah??
Nak sabotaj org Islam yerk??
Nk beli tapi selalu tak ada masa..balik kerja dah petang..bdn dah penat..
Hujung minggu mmg sgt sibuk.. sampai yg dirancg mesti terpaksa di postpone..
Adoiii..
mana erk aku nk cari laman web yg senang nk download ketiga2 suroh ni??
Kalo lagu ntah pape tu senang lak nk download..mmg keji lah....

Mmglah kalo aku baca sendirik lbh afdal kan..
tp aku akui aku ni bukan baik n rajin sgt..kalo takat baca suroh2 lazim yg biasa aku ingat tu..
bolehlah..sblm tidur... tp hati mmg ader taman yg besar..
Nk bagi anak dalam rahim aku ni dgr suroh2 ni..dari asik duk dgr perkara tak baik kan..
Tinggi btl impian ibu ni kan?..kan?
Lagi2 aku kerja company cina..dgn kawan aku sorang ni asik duk pasang lagu cina jerk 24jam..

Tolong erk pada siapa yg tahu mana lama web yg senang nk download.. please!!

Nota Tumit: Semalam aku tekapkan suroh Yasin dan Asmaul Husna pada perut..mula2 tak ader reaksi..pastu dh nk dekat2 habis bacaan tu aku rasa denyutan nadi kat perut aku... aku yakin tu denyutan nadi anak aku..Alhamdulilah..anak ibu suka yer??..mesti dia cari mana dtg bunyi tu kan.. Semalam asben aku yg tolong bacakan..tp semlm saja nk buat eksperimen..bila ader respon..best lah n makin excited nk buat... Alhamdulillah..moga anak ibu akan jadi anak yg Soleh/Solehah dan teguh Imannya.. ibu berdoa..~~

Ni bukan kes mengidam tapi ketagih..


Sejak dari blom kawen..dah kawen..aku sgt suka mkn nasi lemak mak kawan aku ni..
Dia ni opismate aku tpi lain departmnt..nasi lemak ayam lah paling aku suka..sedap siot..hahaha
Kalo aku mkn sure tak cukup..mahu jerk aku beli dua bungkus mkn aku sorang hahaha..
tamak aku ni kan... esok mesti beli lagik..esok lagik..lagik..

Nasi lemak dia taklah berlemak.. tak guna santan kot..tapi mmg sedap..
pastu ayam goreng dia mmg rasa kunyitnyer..
Ikan bilis yg kecil2 tu..banyak pulak tu..
Sedap nyerrr..

Teringat aku masa time belajar dulu..
aku, fat, zam n mine selalu beli nasi lemak kat makcik bawah tu..
tp dia selalu campur kacang n ikan bilis..
mmg aku tak suka sbb kacang yg banyak..ikan bilis tiga ekor jerk.
Dah lah ikan bilis kan kecil2 comel.. mmg tak puas..
Balik jer umah..kitaorg goreng ikan bilis sendirik...
Goreng telur.. puas.. padahal beli nasi lemak biasa jerk..hahahaha

Mmg org meniaga macam tu kan..suka campur kacang ngn ikan bilis
Tp ikan bilis seekor jer bagi..dahlah aku mmg tak suka mkn kacang..
Mmg kacang tu akan ku tolak tepilah..
Tp yg mak kawan aku jual ni..mmg ikan bilis dia banyak..pastu yg kecil2..
Tu jenis yg mahal punya..n garing jerk bila mkn..hehe..

Tp tu skrg lah..masa kawan aku duk ngn mak dia kan
nnti dia ngn asben dia nk pindah dah..
tak dapatlah aku nk kirim nasi lemak sedap tu lagikk
Iskhh..meroyan lagikk.. huhuhu
Sedihnya...

Nota Tumit: Tak dapat mkn nasi lemak pun nk sedih... tak macho langsung..

Tuesday, July 6, 2010

Meroyan di hujung minggu


Sbnarnya..aku masih blom berkesempatan masak tuk asbenku yg tercinta..
opss..jgn cpt sgt kata aku ni malas ke apa okies..
Masa baru2 kawen aku dan asbenku duk bersama familyku.. jadi sudah pastilah aktiviti masak memasak mak aku yg uruskan..balik kerja jer mak aku dah siap masak..so aku dan asbenku hanya makan saja.. lagipun takkan aku nk masak lagik.. kalo tak pun aku goreng telur dadar sbb dah boring sgt mkn daging atau ayam... pastu..bila dah pindah ni..aku lak kena alahan..mmg tak leh masuk dapur.. eh silap..masuk dapur boleh.. cuma aku takleh bau2 masakan..rasa nk muntah..dan sampai skrg aku tak suka p kedai makan sbb bau masakan kat kedai akan lekat kat pakaian aku n buat aku tak selesa.. n satu lagi sbb ialah.. kami masih tak ada dapur gas.. sbbnya asben ku amat cerewat dlm membeli brg rumah.. dan ianya amat susah utk mencari yg memuaskan hatinya..lagipun aku kan tengah alahan..jadi asbenku mahu membeli peralatan lain dahulu..jadi aku ikut kan saja..

tapi..
bila alahan ku dah semakin kurang dan selera pun bertambah baik..aku macam meroyan pulak..
bila nak dapat dapur gas ni???.. aku dah meroyan nak masak.. mcm zaman belajar dulu..
sbb bila aku kepingin nk mkn sesuatu boleh aku terus masak jerk..ni karang bila nak beli..
nk cari lagi..pastu kdg2 tmpt biasa yg ader jual..tak meniaga pulak..tu takper lagik..
kalo ader pun tak menepati piawai tekak aku yg sgt2 cerewet sejak preggy ni...alahai!!!

sbb yg lainnya ..aku skrg suka sgt tgk dan baca blog2 masakan...
rasa mcm nk try buat..bkn masa anak dara tak nak try tapi mak aku tak suka org guna dapur dia.. lagi satu..aku tak suka org campur tgn bila aku masak.. karang..ni tak boleh..kena bubuh ni.. takleh bubuh tu.. padahal aku mmg nak atau taknak bubuh bahan2 tu...
so..bila ader dapur sendirik..suka hati akulah kan nak masak macam mana pun..
nk tambah2 ikut tekak aku ker.. nk kurang kan bahan A n ganti dengan bahan B ker..kan?
so macam dah sgt2 meroyan dah ni.. tp malas nk citer kat asben aku sbb aku takut bila dah ader nnti aku punya semangat lak yg tak ada..huhuhuhu...
tp..biasalahkan dah jadi wife ni kenalah masak tuk asben.. sian asben aku..asik mkn nasi bungkus jerk...nk buat macam mana kan..dah tak ader dapur gas.. dia gak yg memilih bagai..so..terpaksalah..lagipun aku kan kerja..balik pun dah nk maghrib mmg surelah aku penat nk masak ..n cuci baju lagi hah..cuma kalo hujung minggu lah aku akan meroyan sengsorang..huhuhu... asbenku janji bulan ni.. tapi tak tahu lagik bila sbb kami tak sempat nk bershopping sbb hujung minggu memang sangat2 sibuk.. ingat nak survey brg2 baby sekali..sian anakku..satu apa pun ibu tak beli lagik..mmg ibu tak ada mood nak keluar lah sayang..suka sgt duk umah yg sejuk tu.. sampai nk p kerja pun rasa berat jerk nk tinggalkan umah sbb rasa umah kita tu best sgt...hehe..

Nanti bila dapat dapur gas..aku nk masak apa dulu erk??..macam2 dah ni ader dalam pale otak aku.. tak sabarlah..excited sangat.. tp aku rasa nak masak makaroni goreng..
hah??.. makaroni goreng jer?.. ingatkan nak rendang ayam ker kan... tp makaroni goreng aku ni tak sama macam yg kat kedai..ni special aku punya resepi... rasa teringin lah nk makan..adoiiii..

Friday, July 2, 2010

Manusia oh Manusia..

Susahkan jadik manusia ni..nk puaskan hati semua org.. kita diam salah..kita bising salah..abis macam mana??.. Kita tak kacau org pun..diam2 buat kerja tetiba ader lah dgr citer..macam ni..macam tu..iskhh.. geram betul.. rasa macam nk p jerk semuka ngn org tu.. tp kalo buat macam tu..rasa mcm sama jerk biol..jadi diam saja..pekak telinga sudah..

  1. Ni kisah masa aku nk kawen.. aku mmg ader rapat ngn seorg makcik ni..ntah macam ner aku pun tak ingat aku leh TER rapat ngn dia.. yg aku sedar..dia rajin bawakan aku makanan walaupun aku tak minta..aku ni kan jujur lagi budiman org nyer..org bagi..amik jelah..makan..masa tu lah aku ader mcm2 masalah..so ader lah aku citer ngn dia..yelah..aku ni muda..of courselah nak minta pendapat org yg lbh tua kan.. so jadiklah rapat..hingga lah tiba 1 masa aku dh tak rapat dh ngn dia..sbb nya??..sbbnya masa tu aku amat2 lah sibuk..mmg nak gila lah rasanya..sbb kat departmnt garfik ni tinggal berdua jerk..kawan aku yg sorang tu dah berenti..masa tulah kerja tgh menggila..mmg tension sbb byk yg urgent..so mbuatkan aku TER renggang lah pulak ngn makcik ni..pastu dia pun diam n tak tegur aku sampailah satu masa bila aku nk kawen kan..aku pun bagilah kad kat semua org kat opis ni..rapat ker..tak rapat ker..aku bagi jerk..dtg ker tak..tak kisahlah kan..janji aku dah bagi...tahu tak..masa aku bagi kat makcik ni macam mana..??..dah lah dia tak pandang muka aku masa aku bagi kad tu..pastu dia hulur fail dia suh aku letak atas fail..bukan amik pakai tangan..siapa lagik kurang ajar??..pastu dia terus blah tak cakap pape.. masa tu mmg aku terasa..so rude!!..ok takper.. itu satu hal..hal yg kedua..aderlah seorg kat opis ni bgtahu aku..ngadu kat aku..katanya makcik ni kecoh2 kat org semua tak mo dtg wedding aku..dia kata aku bg kad macam tak ikhlas jerk..langsung tak ckp pape..ohh..ini boleh mendatangkan marah ok!!... masa tu aku rasa nk jerk p jumpa maikcik ni.. apa masalah kau ni hah??.. padahal dia baru jerk balik dari buat haji..macam tu ker perangai org baru balik haji??..baik ko tak payah p haji kalo perangai macam tu.. aku ni mmg lah perangai macam ni kan..sbb aku ni blom dpt hidayah p haji..duit pun tak banyak..kiranya oklah kan aku tak p haji lagik ni dia tu..balik haji boleh fitnah aku macam tu??..kawan aku kata.. teruk btl makcik tu (padahal kawan aku ni India) dia pun leh tahu..dia kata..p haji tapi apasal perangai macam tu??.. tak insaf langsung.. aku kata kat kawan aku ni..aku bagi kad kat semua org..supaya tak ader yg terasa kan..dtg atau tak..terpulanglah.. bukan aku hadap sgt dia nk dtg.. tp tak bestlah bila fitnah aku macam tu..dia yg mula2 kurang ajar ngn aku..pastu canang kat org aku ni lak yg kurang ajar..mentang2 aku ni muda..dia tu tua..of course ramai percaya fitnah dia tu..ok takper...dosa kau..mmg aku tak maafkan.. fitnah aku kan??..takper.. pastu dia citer kat semua org.. yg dia selalu minta tlg aku hantar n amik dia kat umah tu semua dia bagi aku duit minyak..gila fitnah lagikk.. mana ader dia hulur duit minyak..paling tak pun dia belikan aku kuih.. tujerk..3 biji rm1..duit minyak rm1 ker??.. sakit tul hati aku masa tu..buat baik ngn org..tp macam ni lak org balas kan.. kdg2 btl gak kata org..jgn tgk org tu rajin p solat..tak pnh terabai..tp perangai kalahkan se***.. kalo lah baik kan..apa sbb dia fitnah aku semua??.. aku ni diam jerk.. tp tetiba ader lak suara macam2 yg tak btl.. kalo ikut panas baran aku..jumpa jerk dia..tak ckp banyak..aku terus jerk lempang.. tua muda.. dh tua..buat2 lah bertobat.. ni tak..tambah dosa..yelah baru balik haji..dosa tak ader.. tu yg p buat dosa kan??..kan??..Nauzubillah....
  2. Ni pasal saudaara sendirik lah..pasal kahwin aku gak..aku mmg tak berapa rapat ngn family belah bapak aku..mmg dari kecil..so bila balik kg tu bawak diri lah kami adik beradik.. bkn tak selalu jumpa tp sbb dulu ader krisis kan dlm family..so mmg nmpk janggal lah nak bermesra bertepuk tampar macam family mak aku..so bila aku kawen..family belah bapak aku lah ramai dtg..kalo ngn makcik2 n pakcik2..ok lagik..tp ngn sepupu sepapat ni mmg tak ngam lah...sbb diorg ni stok2 berlagak..aku ni bkn jenis macam tu..malas ar nk lawan2 ngn diorg..so ader lah sorang sepupu aku ni..perempuan..kekwat giler.. tak pakai tudung..bajet cantik?..hahahaha.. sctly dia bertunang dulu dr aku..hantaran 10k.. tu pun bapak n mak aku yg citer..aku mmg takkan tanya..buat apa kan?..bukan hal aku pun..so bila asben aku hantar rombongan bertunang..terus diorg bagi duit hantaran sekali..10k gak.. so 4 bulan pastu terus kitaorg kawen..tak tunggu lama lah kan sbb family lelaki mmg nk cepat kalau boleh..tapi kitaorg yg minta 4 bulan lah.. masa aku bertunang dia sorang jerk tak dtg..lantak ko lah kan..aku tak kisah pun.. tp tup2 masa aku kawen..dia dtg..aku ni kan berhati mulia..mmg tak pk bkn2 lah..suka hati kolah nk dtg ker kan..tak nak pun aku tak kisah.. so hinggalah satu hari aku terbuka fb sepupu aku..aku tak add dia..tp oleh kerana dia tak private so aku leh lah tgk wall dia kan..so aku terpandang lah ader gambar perkahwinan aku yg ditag..masatu aku baru seminggu kawen kot..so mmg tak aderlah gambar kawen lagik kan..hrp kwn2 jelah..so aku pun tgk.. baca jer tittle dah myirap darah aku..tu blom baca komen2 kat gambar tu..aku terus telefon bapak aku..siap nangis2 lagik..ciss..terasa tau..dia punyalah kutuk2 aku.. siapa lagi..sepupu aku yg kekwat tulah..dah lah sblm tu..bapak aku pujuk aku p kenduri tunang adik lelaki sepupu yg kekwat tu..mmg aku bajet nk p..sianlah kan..diorg dtg kenduri aku..tp bila jadik mcm ni terus aku kata kat bapak aku..cancel nk p kenduri diorg..balik umah..aku terus tjk kat bapak n mak aku..n sblm tu aku ader antar mesej kat perempuan ni..aku tanya apa masalah dia kan kutuk2 aku kat Fb..korang tahu..dia reply nk ckp mmg kurang ajar nk mampos...aku tjk lah kat parent aku..siap ckp aku gampang lagik..balik kg..aku bgtahu nenek aku..so nenek aku tanya dia..dia tak ngaku pastu delete kat Fb dia semua komen yg dia komen kat majlis kawen aku..takutlah kan?..semua org tanya dia tak ngaku..pastu..tak habis lagik..adik lelaki dia yg bertunang tu antar mesej kat aku.. marah2 aku..kata aku ni macam2 n siap ckp tu bkn kakak dia yg ckp..dia kata sepupu aku yg hi***** yg ckp..apa dia ni ingat aaku bodoh ker?..dah aku bc mmg kakak dia yg tulis kt komen tu..sepupu aku yg hi***** tu tak tulis papae pun..mmg lah kakak dia ni dah memutar belitkan fakta..sampai ngn adik sendirik pun dia tipu n gunakan nama org lain yg tak bersalah sbb takut..pastu adik lelaki dia siap cabar aku balik kg minggu depan..dia kata semua saudara mara dh tahu kes ni tp tak nak besar2 kan..lawak kan??.. aku ker yg mulakan dulu??.. so aku ngadu kat adik lelaki aku..punyalah mgamuk adik aku..pastu kitaorg balik kg sprt yg dijanjikan..mmg saudara mara semua ader..tp korang nk tahu..btg hidung diaorg ni langsung tak ader..bacul ker??..nampak sgt bersalah kan??..poyo2 jerk cabar aku balik kg..konon2 nk gaduh ar..tapi dia yg tak balik..alasan esok ader exam.. takkan ko tak tahu bila ko nk exam kan??.. bagi alasan banga** mcm tu kat aku.. lawak kan??... huhuhu.. Diorg ni sbnarnya takut ngn bapak aku..sbb bapak aku ni garang...tp biasalah berlagak jerk lbh...cakap gebar2.. siap kata aku ni tak penting bg keluarga Mahat..Hello..aku tak kisah pun tak penting bg keluarga Mahat..ader aku kisah??..kalo ko ckp aku tak penting bg keluarga Mahadi (sblh mak aku) mmg lah aku kisah...ni keluarga Mahat...cittt..tp ko kenalah ingat ok..ko kata penting ker tak...aku ttp penting bagi Timah dan Fatimah...sbb mak aku dan bapak aku sepupu ok...aku ni cucu kuat..ko ingat tu..lagik satuu...kalo aku citer kisah aku masa kecik macam mana nenek ngn atuk Mahat ko tu layan aku...macam menatang minyak yg penuh..sure ko bengang kan...tp aku malas nk berlagak ngn ko...hahahahahaha...nasib aku ni tak bodoh n ader penyakit merbahaya walaupun mak aku ngn bapak aku sepupu...tak macam ko..mak bapak kawen jauh2 pun tapi ckp tak guna otak.... Nauzubillah...
Nota Tumit: Dua kisah nilah yg plg berbekas dlm hati aku..mmg susah lah nk maafkan.. Maaf..teremosi lagik sekali!! ;P

Privasi itu penting ok!

Aku rasakan.. kalo ader award blog paling buruk mesti blog aku menang..
hahahahahahaha--

Kalo nak diikutkan..blog aku mmg buruk pun.. tak macam blog org lain..
ader hias..ntah apa2 lagik ntah letak kat page tu.. aku punya macam blog tak siap..
Tapi ok apa..buknnya ader org baca pun.. so baguslah..ader privasi sket..
Ader lah gak tmpt nk luah rasa semua.. kalo kat FB tu..nak jerit2 sumpah seranah pun
kena cover2.. karang tak pasal2 kena saman.. kiranya tak ader privasilah..

Sbb tu aku dh delete alamat blog aku.. nak privasi lah..
Kat sini aku leh luahakan apa yg aku rasa..suka ker..sedih ker..gembira..benci
apa2 lah.. so bebas sket..tak ader org komen pun tkpelah.. mcm blog syok sendirik kan
Bila dah ramai sgt baca karang..n ntah apa2 org ntah kan.. dan tak bestlah nk tulis blog
Kan blog tu tmpt luah isis hati.. karang dah tak best..macam nk cover2 lak..

Skrg ni heppy lah.. boleh tulis apa yg aku nak..

Sungguh Teruk!!


Mengidam ker?..ntah..yeker?..
Bila aku preggy ni selera aku berubah.. teruk btl..
Kalo berubah yg baik tu takper gak..ni yg tak baik..
Iskh..iskh...

Mula2 aku mengidam nak minum air gas..punyalah mengidam sgt2...
Padahal masa anak dara n blom preggy..aku langsung tak berapa suka air gas..
Kalo p mkn fast food mmg tak habis lah air aku tu..
Asben aku lah yg mghabiskan air..
Tapi..
Sekrg sudah berubah..
Aku kepingin sgt nak minum air gas.. lagi2 pepsi ais..gila tak??
Mak aku kata..minum tapi sikit..
Taknak bagi kempunan..bila dpt minum..
mmg sedap giler lah..rasa nikmat lain macam..
Macam air pepsi tu sedap btl..tak pnh aku minum air ni..
Gila kan??... aduhhh!!


Pastu..aku ni mudah sgt teringin apa yg org lain makan atau minum..
Macam sedap jerk apa diorg makan tu..
Macam ader seorg member kat opis aku ni..
Lelaki cina..dia suka bedal air kopi susu ais petang2..
Punyalah sedap aku tgk dia minum..bau kopi tu lagik..adusss..
Mmg boleh getar jiwa..
Tekak aku pun mulalah..mula gatal2 nak suh kawan aku tapaukan air kopi susu..
Tapi smpi skrg tak tapau2 lagik..
Nak ker tak nak?.. tapi macam best jerk.. hehe

Skrg ni..air masak mmg tak leh masuk dlm tekak aku ni..
Rasa macam nk muntah... padahal kalo nak diikutkan..air tu lah air feveret aku dulu
Mmg tak sahlah kalo tak minum air masak ni..
Tapi skrg berubah 100%
Risau gak aku..aku ader tanya doktor..
Dia kata try minum jus kalo tak leh..
So..hari2 lah aku bedal minum Sanquick..
Tu pun rasa jemu lah pulak..minum ribena pun rasa macam tak boleh masuk..
Apa ni??.. semua yg bagus semua tekak aku takleh nk masuk..
teruk btl.. salah aku kah??..huhuhu
Susu lagi lah..masa mula2 preggy bkn main excited beli Anmum..
Konon2 nk minum..tapi bila bukak jer..bau Anmum tu mmg pening pale aku..
Sure kalau aku minum ni muntah..
So aku try beli UHT..susu rendah lemak yg ader 9 Vitamin tu..
Tu pun feveret aku dulu..tapi tu pun mcm terpaksa jerk nk minum..
Sampai dah nk expired dah..tak luak2..last2 asben aku lah jadik mangsa suh minum susu tu
Sblm expired.. sian asben aku mcm tong sampah lah pulak..
Nasib tekak aku boleh minum air yogurt..skrg aku bantai Blisst..
oklah..bagus tuk sistem penghadaman aku ni.. maklumlah aku ni selalu ader masalah ngn pghadaman..so minum lah Blisst botol besar tu..

Mkn lak..mula2 mmg takleh makan nasi..
Skrg alhamdulillah..dah boleh masuk..tapi nasi yg putih tu aku kurang lah..
Kalo nasi goreng ker..nasi org kawen ker..yg ader rasa2 tu..ok lah gak..
Kalo yg putih bersih n tak ader rasa tu..aduii..seksanya nk mkn..

Macam mengada lah pulak kan??
Tp nak buat macam mana..
Kalo aku paksa karang..aku gak yg susah..muntah bagai..
So baik aku turutkan jerk selera tekak aku ni..
Harap2 tak ader papae.. Amin!!

Nota Tumit: Adeker smlm aku mimpi mkn nasi ngn ikan keli goreng??..Gila ker??..aku dah lah tak suka ikan keli..tetiba dlm mimpi aku mkn lak..bila bangun tidur..rasa loya tekak terus muntah.. huhuhuhu... Nasib tak mgidam keli masa preggy ni..hahahaha

Jodoh itu Rahsia ALLAH

Korang percaya tak?.. Ya Islam of course lah percaya kan..
Baru2 ader seorg member aku tanya aku soklan ni..

"Yatie.. macam ni ko yakin yang tu adalah jodoh ko?"..

Bagi aku.. selain kita dah kenal lama sidia..tahu perangai dia semua..
baik dan buruk.. hanya Allah saja yg boleh gerakkan hati kita utk terima seseorg tu..
Maksud aku.. banyak2 lah berdoa pada Allah..senang kan?
Memang keputusannya tak dpt serta merta atau bkn terus dr mimpi kan..
tapi gerakan hati pun satu petunjuk..
Mcm aku..walaupun aku tak buat solat Istikharah..tapi selalu lah doa..
Dekatkan jodoh kita tu dgn kita..dan permudahkan untuk bersama..

Lagi satu..aku percaya perempuan baik utk lelaki baik dan begitulah seterusnya..
Maksudnya..kalo kita nk pasangan yg baik.. kita perlu baik dahulu
Supaya kita pun akn dpt org yg baik..

Lambat atau cepat jodoh seseorg bkn kita yg tentukan..
Itu semua di luar kuasa kita..
Cuma byk2 berdoa supaya jodoh cepat sampai dan dipermudahakan
serta berjumpa dgn org yg baik dan boleh membimbing kita..
Allah saja yg boleh mgerakkan hati kita utk terima sipolan tu..
Walaupun mungkin sblm ni..kita tak suka dia ker..
Kita ragu2 ker..macam2 kekeliruan kan..
Tapi bila kita minta Allah beri kita yg terbaik..Insya Allah..
Kalau sidia tu mmg baik..akan tergeraklah hati kita utk menerimanya..

Apa2 pun..jodoh tu kan rahsia Allah
Mungkin kita tak tahu..esok seru tu sampai..
Padahal langsung tak plan pape..
Dgr2 ader org dtg merisik dan sidia tu baik budi pekertinya..
Jadi.. banyak2 lah berdoa.. semoga mendapat jodoh yang baik..Insya Allah..