...Kisah Cinta 07Feb 2010....

......Hari-hari yang penuh dengan emosi....

Friday, August 27, 2010

Marah!!!!


Huhhh!!!.. hari ni pagi2 lagik aku dh marah.. tension aku hari ni..macam si**l..
aku macam nk pengsan dengan perkara2 si**L ni..

~~ Perut aku ni dah 3 hari rasa tak best.. rasa mcm senggugut.. ntah tak tahu nk citer macam mana..tp rasa dia..macam ko minum air gas banyak giler tapi ko tak mkn pape.. hah!! rasa dia maca, tu lah..padahal aku tak der pun minum gas ke haper.. mmg sgt2 tak selesa.. tp ni aku boleh consider lagi kan.. sbb biasalah maybe rahim nak mbesar ke haper..ni aku mmg tak kisah lah sgt tp mmg tak selesa sgt2..rasa macam nk marah org jerk... macam time period..kan rasa nk marah..

~~ Tadi SIL aku call.. saja2 lah kan.. pastu terkeluar pasal adik ipar aku yg nak sibuk nk kawen sgt tu.. bab ni aku xder lah marah sgt cuma bengang gak lah... adik ipar aku ni nak gak kawen sama tarikh ngn kitaorg.. apa cer??.. dah lah bertunang masa raya sama macam aku..pastu kawen pun terhegeh2 nk sama.. dah lah masa tu aku baru pas pantang..ntah2 dlm pantang..tak ke kesian aku nk balik time tu bawak baby kecil naik flight??.. diorg ni buat keputusan tak pk aku ker apa??.. macam lah tak ader tarikh lain diorg nak buat.. actly aku tak kisah sgt..sbb aku tak heran pun..kalo adik2 aku haruslah aku terasa lbh kan..tp aku MYAMPAH karang laki aku mesti push2 aku suh balik gakk.. tu yg paling aku benci gila2... yg MIL aku pun ikut jerk apa adik ipar aku tu ckp.. SIL aku pun kata ..buatlah bulan June kan.. tp ntah aku tak paham lah.. aku tak kisah lah dia nak buat bulan berapa pun tapi jgn nk push2 aku balik time tu.. mmg nk kenalah.. bukan aku tak hormat kputusan diorg tp diorg tu ader pk tak aku ni macam mana????.. dah of course lah diorg suh laki aku balik..pastu laki aku tinggalkan aku sorang2 kat sini lah??.. BODOHNYA lah aku rasa dgn situasi macam ni..sbb SEUMUR HIDUP AKU..NI FIRST TIME AKU KENA HADAPI SITUASI MACAM NI..

~~ ni pasal kerja.. ader seorg Jepun.. dah lah hari tu rushing nak mampos suh aku siapkan artwork dia.. pastu suka push2 org..cakap BM lagiklah tak tahu..cakap BI hancuss.. pastu jenis tak mo kalah.. dah siap tup2 dia call kata drawing yg dia bagi tu salah..apakahhh???.. dia kata Isnin dia bagi aku drawing baru.. BODOH!!!.. hari tu suh aku rushing siapkan kerja ko.. skrg ko kata drawing tu salah lak.. dah lah ISNIN ni bos aku xder..dah sah2 aku yg kena handle kerja dia.. mmg nak pengsan dah aku rasa sekarang ni.. JEPUN mmg tak habis2 myusahkan hidup org melayu kan..dah lah berlagak..dtg negara org..satu perkataan bahasa melayu pun tak mo belajar.. cakap BI lagiklah belit2..pening aku pk nk paham apa dia cakap..

~~ ni pasal CONSOB lakk.. asik call kata urgent2.. dah lah satu printing kena tukar.. bagi artwork tapi macam SI**.. pastu call..call. call tanya mana artwork dia.. APA KO INGAT AKU BUAT KERJA KO SORANG JE KER??... tak pasal2 aku hangin hari ni kat opis..semua org diam..
kalo setakat ko bagi artwork tapi artwork ko tu langsung tak membantu aku..malah memeningkan kepala aku..baik tak payah.. pastu call.. push2 bos aku kata URGENT.. bagi artwork hanya setakat melepaskan TAHI ko kat tangga jer kan..

Mmg aku btl2 tgh hangin ni.. nasib aku tak puasa..kalo tak sia2 jerk aku puasa hari ni..pagi2 dah dapat 'kosong'.. sorry kalo bahasa aku ni kasar nak mampos kan tp mmg aku tak leh tahan dah ni.. rasa macam nk mjerit jerk kuat2..macam org gila dah lak aku rasa... ni balik umah lak.. apa ntah lagik yg boleh buat aku hanginnn!!!!!!!

Thursday, August 26, 2010

Pemalas sungguh!

Adoi..pemalas sungguh aku ni..dah berapa lama blog ni tak berupdate..
bkn xder citer..tp aku yg malas.. adoi!!

tgk lah blog aku ni..
tak macam blog org.. ntah pape..
biarlah..bukan aku kaki update pun..
nnti lah bila aku rajin masa tu aku bagi chantekk blog haku yeee..
masa tu baru korang tahu aku btl2 tgh rajin hahahahahaha
triple rajin lah tuu...

smlm p cek up kat Kpmc, Kajang..semuanya ok..alhamdulillah..
cuma doc kata.. baby still kepala kat atas.. dari first cek up sampai smlm..
nmpknya kena pujuk baby turun kepala ke bawah lah dah nk waktu bersalin nnti..
tp doc kata awal2 ni takper.. jgn nnti mula2 kepala kat bwh..
last2 bila nk bersalin kepala kat atas lak.. huhuhu.. harap2 jgnlah erk baby!!

berat aku naik 1. lbh.. nasib baik..mmg takut kalo berat naik mendadak..
tp mmg aku perasan selera aku tak berapa baik sejak akhir2 ni..
pening pale pk nak makan apa..kalo p bazar ramadhan tu..
mmg kena round berkali2.. nk beli apa..
masak mmg tak lah time kerja ni..mana larat beb..
badan aku lak selalu sakit2..
kalo tak nasib baik..dtg sekali ngn pakej pening+nk muntah.. haruuuu!!

hari ni suami aku ajak makan kat hotel bos dia..
harap2 makanan kat sana sedap2 lah hendaknya sbb tekak aku yg mmg
sedia fussy ni..bertambahlah fussy sejak preggy ni..

tekak aku ni dah jadik macam awal2 preggy dulu lah pulak...
nasi mmg tak lalu sangat..lbh suka mee ke..kew tiow ker..
hari tu aku masak makaroni goreng..
aku lah yg melantak semua sbb suami aku kurang sket bab2 makaroni ni..
aku ingat nk buat speggeti tp blom dtg kerajinan lagi lah pulak..
lagipun boringlah kalo mkn sorang..
sbb aku pun tak tahu suami aku tu nk mkn tak..
kalo aku tanya dia jerk dia cakap.. "masaklah.."
last2 aku yg melantak sorang...

aku nak ajak suami aku makan lagi kat Kenny Rogers lah..
tp dia tak nak..dia kata membazir asik makan kat situ jerk..
pastu siap cakap..aku masak lagik sedap..
mmg ayat bodek aku ker hape??..
tapi aku asik terbayang2 air (apa ntah nama dia aku lupa..kena buka website Kenny ni..)
kawan aku cakap boleh jerk kalo aku nk beli air jerk..
tp macam apa lah pulakkk..
sedap btl lah air tu.. huhuhu.. *sambil telan air liur..*
tp hari tu suami aku bawak aku p Sturbuck..
tp aku mmg tak leh ar minum Sturbuck..pening gila pale aku..
balik tu pas minum aku terus terbongkang macam org kena dadah lah pulak..
pening sesangat.. taubat aku tak mo minum Sturbuck lagikkk..
tp..kek dia sedap.. ntah apa ntah nama kek tu..
*maaf ibu hamil mmg mudah lupa..*
ala..yg ader coklat n atas dia penuh coklat panjang2 tu..

agak2nya kan..kat hotel bos suami aku tu ader tak menu cam tu??...huhuhuhu
*gila mengidam tak hentiii....*

Monday, August 2, 2010

Kisah Iblis bernama Khannas

Sesungguhnya Iblis tidak pernah penat berusaha untuk bersemayam dalam setiap hati manusia, mengikuti gerak-gerinya dengan harapan akan dapat menghancurkan dan memusnahkan kehidupan seseorang.

Dalam sebuah cerita disebutkan bahawa pada suatu hari Nabi Adam as keluar rumah untuk mencari nafkah, maka datanglah Iblis bersama anaknya yang bernama Khannas menemui Hawa. “Aku ingin menumpangkan anak ku di sini, kerana ada satu keperluan yang penting, aku harus pergi sendiri,” kata Iblis. Kemudian Hawa menerima anak Iblis tersebut. Ketika Nabi Adam pulang, dia bertanya; “Anak siapakah ini?” Hawa menjawab; “Iblis menumpangkannya kepada ku.” Adam menjadi marah, lalu Khannas dibunuhnya dan dipotong-potongnya. Kemudian setiap potongan badan Khannas disangkutnya di atas dahan-dahan pohon kayu. Setelah itu Adam pergi lagi. Tidak lama kemudian Iblis datang dan menanyakan tentang anaknya. Hawa menceritakan kepada Iblis tentang apa yang telah terjadi. Lalu Iblis memanggil nama anaknya “Ya Khannas! Wahai yang tersembunyi!” maka kepingan-kepingan tubuh Khannas bersatu lagi, kemudian menyambut kedatangan ayahnya Iblis.

Setelah itu Iblis kembali lagi, ia menumpangkan anaknya lagi kepada Hawa. Hawa menolak untuk menerima anaknya itu. Tapi dasar iblis pandai merayu, sekali lagi Hawa menerima anak Iblis tersebut. Ketika Nabi Adam pulang dari mencari nafkah didapatinya anak Iblis itu masih ada lagi, Adam menjadi marah sebenar-benar marah. Dibunuhnya anak itu, mayatnya dibakar, abunya dibuang ke sungai-sungai dan ke merata tempat. Keesokan harinya iblispun datang kembali kepada Hawa untuk melihat anaknya yang diserahkan kepada Hawa. Iblis bertanya kepada Hawa. “Wahai Hawa. dimanakah anakku?”. lalu Hawa pun memberitahukan apa yang telah dilakukan oleh Nabi Adam as terhadap anaknya. iblis pun segera berlari dengan cepat menuju ke laut dan berteriak memanggil anaknya. “Yaa Khannaas!”. maka anak iblis yang sudah menjadi abu dan dibuang merata-rata oleh Nabi Adam a.s. bersama ombak, bersatu kembali menjawab panggilan bapaknya.

Kemudian Iblis menumpangkan anaknya itu kepada Hawa lagi. “Kali ini pastilah Adam akan membunuh ku”, kata Hawa. Namun Iblis yang pandai merayu itu dapat melemahkan hati Hawa sehingga menerima kembali anak tersebut. Kemudian Adam pulang, kemarahannya sudah tidak tertahan, lalu anak Iblis itu disembelihnya dan dimasaknya. Kemudian sebahagian dimakannya dan sebahagian lagi diberikannya kepada Hawa. Ketika Iblis datang Hawa menceritakan apa yang telah terjadi. “Inilah yang ku inginkan!”, kata Iblis. “Aku ingin bersemayam di dada Adam, dan kini hasrat itu telah terkabul.

Maka, sejak saat itulah Iblis selalu berada dalam diri manusia. Iblis termasuk makhluk yang tabah dalam menggoda manusia. Ia berusaha berbagai upaya untuk memperdayakan manusia, dan bahkan ia bermohon kepada Allah agar hidup sampai hari kiamat untuk melakukan hasratnya itu.

*Riwayat ini disampaikan oleh At Tirmidzi Al Hakim dalam Kitab Nawadir Al Ushul dari Wahab bin Munabbih dan dinukil Imam Al Qurtubhi dalam Kitab Tafsirnya.

Sebutan khannas itu diberikan karena ia sering bersembunyi. Sesungguhnya Iblis itu akan selalu duduk di dalam hati, setiap aliran darah dan nafas anak cucu Adam. Apabila mereka lalai maka ia akan membisik-bisikan kejahatan dan kemaksiatan dengan pujukan-pujukan indah yang mengalir dalam darah manusia. Tetapi apabila mereka ingat dan berdzikir kepada Allah maka ia akan bersembunyi pada satu sudut kesepian dan kelaparan.

Inilah antara tugas-tugas Khannas yang boleh disimpulkan:

Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum. Apa-apa aktiviti yang kita buat ia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.

Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, sebab tula siapa-siapa yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat. Kaedah nak halang, baca Bismillah then selawat, surah An-Nas dan kemudian baca A'uzubillahiminasyaitonnirajim 3 kali dan ludah sikit di bahu kiri 3 kali jugak sebelum mula solat.

Time buat kerja kita keliru dan ingat-ingat lupa "Eh, dah buat ke belum ye, dah ke belum ni?" ubatnya banyakkan BERISTAGAFAR.

Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya? banyakkan Zikir.
Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini. Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa. Sekurang2nya BISMILLAH.

Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.

Tengoklah bagaimana Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam.

Surah An Nas juga turut mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz ini yang sentiasa buat kita was-was.Walllahualam.
Apa-apa pun mulakan setiap kerja dan aktiviti dengan nama Allah BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM.

Sunday, August 1, 2010

Tabah hati seorang wanita


Sebenarnya entri ni dh lama aku nk post tp asik tertangguh.. malas pun ader hahahaha.. sbb syok sgt baca blog org hingga blog sendirik pun terabai..

Ni aku nk cerita sikit.. ader satu hari tu aku bangun awal sbb excited nk masak breakfast tuk aku dan suami so buka lah TV9 tgk rancangan Nasi Lemak Kopi o..pengacaranya Sharifah Shahirah n Fara Deeba.. dan ader satu segmen tu.. mrk mjemput anne ngasri.. sejuk jerk tgk muka dia lbh2 lagik sejak dia dh bertudung ni..

mcm yg korang tahu.. dia kan dah sah bercerai talak 3 dgn suami dia.. talak 3 ok.. dan dia sedang preggy 6 bulan.. adoiii.. kesiannya.. tp kalo tgk muka dia mmg tabah habis.. dia senyum saja tapi dlm hati siapa tahu kan.. tp kalo tgk dia mmg salute lah.. tabah sgt..

aku yg sibuk kat dapur intai2 nk tgk rancangan tu.. n ramai gak penonton yg call..minta pendapat dan tanya macam mana dia boleh lihat tabah dan senyum jer.. tp last2 tu akhirnya anne menangis jugak.. sbb mungkin dia terharu dgn sokongan yg org ramai beri pada dia.. aku pnh baca news paper.. mak anne ni kata.. anne ni sgt2 lah perahsia orgnya.. macam mana besar masalah pun dia tanggung sendirik...

aku yg duk intai2 ni pun tergenang gak air mata.. sedih wei.. bkn apa.. dah lah preggy lak tu..nk hadap semua tu sendirian.. nasib lah dia ader dua org hero..mungkin jadi sumber kekuatan kan.. tp dia kata... anak dlm rahim tu yg buat dia kuat.. dia ckp anak tu mcm paham situasi ibu dia.. Allah tu Maha Kuasa kan.. cthnya macam Nora Danish pun macam tu gak.. kena cerai masa preggy.. so kuat sbb anak..

aku mmg suka tgk anne ni.. lagi2 masa dia berlakon dalam dunia baru jadi madihah.. mmg dia berlakon tak plastik lah.. pastu aku ingat drama anak angkat dia berlakon masa kecil2 dulu mmg best.. sampai menang award tau.. tp dia jarang berlakon filem.. banyak drama jerk walaupun dah lama berlakon.. muka dia pun sweet jerk.. tenang jerk..

apa2 pun.. doakan lah yg terbaik tuk dia n anak2 dia kan.. kita tak tahu masalah org macam mana.. berat mata memandang, berat lagik bahu yg memikul..

Nota Tumit: Gambar tu ehsan dr Mr. Google okies...

Friday, July 9, 2010

~~Jangan Tau~~

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil
iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S.
W. T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri
terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana
ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi
itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan.
Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi
dosa.

10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap
kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan rezeki kita.

16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang
teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.

19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama
dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat
tinggal jin kafir dan syaitan.

21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke
rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama
seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita
bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.

24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya
untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

~Panduan Menamakan Bayi Anda~


1. Sekadar Nama


Nama-nama yang panjang bukan sahaja merumitkan proses menulis nama-nama tersebut, malahan menyukarkan untuk orang lain menyebutnya. Seterusnya, yang menyebabkan panggilan jolokan seperti penggunaan hujung nama tersebut yang lebih mudah walaupun tidak mempunyai maksud langsung dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Kejadian-kejadian seperti ini boleh membuat tidak puas hati di kalangan yang empunya nama. Oleh kerana itu, eloklah kita memberikan nama yang mempunyai maksud yang balk dalam agama kita, daripada kita membuta tuli memberikan nama yang kita fikirkan sedap didengar untuk anak-anak kita.


2. Kebangsaan


Kita mengetahui bahawa agama Islam adalah agama universal, tetapi kita boleh perhatikan bahawa negara-negara Islam lain di seluruh dunia mempunyai identiti sendiri menamakan anak-anak mereka, baik di Arab Saudi, India, Indonesia, Malaysia, Bangladesh, mahupun di negara China. Sekiranya anda ingin memberikan nama yang berbau kemelayuan atau kenegerian seperti Siti, Seri, dan Daeng, pastikan ia tidak sukar untuk disebut atau ditulis yang boleh menyebabkan masalah kepada anak anda nanti.


3. Keagamaan


Dalam agama Islam, Rasulullah (s.a.w.) telah menganjurkan supaya kita memilih nama yang balk untuk anak-anak kita. Sabda Nabi yang telah diriwayatkan : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari Qiamat nanti dengan nama-nama kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu".


4. Jantina


Kita bersyukur kerana ramai antara kita tahu membezakan antara nama-nama lelaki dan perempuan. Tetapi ada sesetengah yang kurang bernasib baik mempunyai nama-nama berlainan jantina seperti Mazrin atau Norulhuda, untuk lelaki dan sebaliknya Mahfuz atau Hanis, untuk perempuan. Akhirnya, anak-anak lelaki akan Iebih berasa tertekan atau diejek apabila mereka disangka perempuan daripada anak-anak gadis yang disangka lelaki. Walaupun begitu ada nama-nama yang boleh digunakan oleh kedua-dua jantina tersebut seperti Azizi dan Noor. Dan ada juga menambah nama-nama awalan seperti Muhammad (lelaki) atau Nurul (perempuan).


5. Berapa Nama


Tiada undang-undang di negara kita yang menghadkan kita untuk meletak berapa banyak atau berapa panjang nama untuk anak-anak kita. Pastikan nama anak anda tidak terlalu panjang yang menyukarkan mereka sendiri nanti untuk mengisi borang-borang pekerjaan atau sebagainya. Dan yang paling sedih sekiranya ada anak-anak gadis yang bernama panjang yang sukar untuk bakal suami mereka menyebut ketika majlis akad nikah nanti. Jangan salahkan bakal menantu anda ataupun tok kadi, sekiranya akad nikah anak gadis anda diulang beberapa kali!


6. Sebutan Glamor


Nama-nama yang panjang biasanya menyukarkan untuk orang lain menyebut dengan betul. Kesukaran yang paling ketara apabila mereka mahu menyebut nama tersebut dengan kerap. Mempunyai nama-nama yang sebutannya sedap didengar dan glamor boleh membuat seseorang itu berasa bangga, tapi ia juga akan membuat yang empunya nama berasa tertekan.


7. Kemasyhuran Nama


Nama-nama popular yang digunakan seperti Muhammad, Ali, Ahmad, Siti, ataupun Nurul membuatkan anak-anak anda berasa seperti orang kebanyakan, kerana mereka berasakan seperti berkongsi nama dengan yang lain. Walau bagaimanapun, nama-nama yang jarang kita dengar akan membuatkan anak-anak kita berasa terasing kerana ia berbunyi pelik dan ganjil.



8. Keunikan Nama


Pernahkah anda membelek buku telefon dan mencari nama seseorang seperti Ahmad Hassan? Anda mungkin tidak dapat mencarinya tanpa melihat alamat beliau. Ada sesetengah ibu bapa memberi nama yang unik seperti Jalwa atau Difun yang akan menyebabkan orang lain kurang memberi perhatian kepada mereka.


9. Nama Panggilan


Kebanyakan nama dipendekkan atau diberikan jolokan ketika mereka masih kecil dan di zaman remaja. Contohnya, Syamsuddin mungkin dipanggil Sam ketika kecil, Din ketika remaja, dan Sudin ketika memasuki universiti. Jadi jika anda tidak mahu anak perempuan anda dipanggil Sam, jangan namakan mereka Syamsiah.


10. Makna


Kebanyakan kita tidak tahu makna ataupun erti nama kita sendiri, dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Arab. Tetapi kebanyakan nama-nama ada makna dan anda sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, pastikan anda tahu makna nama-nama tersebut sebelum menamakan anak anda. Nama yang berbunyi pelik, kelakar, memalukan, dan menjijikkan kemungkinan besar tidak memberi kesan kepada masa depan anak-anak anda. Tetapi jika anda mempunyai pilihan, nama-nama yang mempunyai makna yang baik akan membuat anak-anak anda bersyukur dan berterima kasih dengan pilihan anda.


11. Pertukaran Nama


Mengikut Akta Jabatan Pendaftaran Negara, anda dibenarkan menukar nama anak dalam masa setahun dari tarikh pendaftaran. Selepas itu, anda dibenarkan membuat tambahan ataupun alias @ tanpa membuang nama asal anak anda. Pastikan anda memeriksa dahulu bakal nama yang anda pilih, walaupun pertukaran boleh dibuat, bukankah itu merumitkan?

12. Rujukan


Banyak buku-buku rujukan nama terdapat di pasaran, tetapi kebanyakan buku-buku tersebut hanya menggambarkan sesuatu golongan ataupun pilihan pihak tertentu. Pastikan anda mempunyai beberapa buku rujukan, ataupun bertanya dengan rakan-rakan yang lebih berpengetahuan dari segi agama. Dan yang paling penting, pastikan anda tahu makna dan juga ejaan dalam bahasa Arab yang asal.


13. Tajul Muluk


Apakah itu Tajul Muluk? Sekiranya kita bertanya orang-orang tua ataupun datuk-datuk kita, kebanyakan mereka menggunakan buku rujukan ataupun kitab-kita lama, seperti kitab Tajul Muluk. Tajul Muluk ada!ah sebuah kitab yang menceritakan dan memberi anda petua seperti menamakan nama bayi yang baru lahir ataupun bilakah hari yang elok untuk mendirikan rumah dan sebagainya. Dalam zaman teknologi yang senba canggih ini, kitab-kitab seperti itu sudah lama kita lupakan. Walau bagaimanapun, anda tidak bersalah atau berdosa sekiranya anda tidak menggunakan kitab-kitab tersebut.

14. Pilihan Siapa


Siapa yang sepatutnya memiIih nama-nama anak kita? Pilihan ibu, bapa, datuk, alim ulama ataupun pilihan anak-anak kita sekarang? Biasanya anak sulung menjadi mangsa bilamana ibu dan bapanya memiIih untuk menggabungkan nama mereka. Pernahkah anda terjumpa kawan anda yang bernama Yuziah -kacukan nama ibu (Fauziah) dan nama bapa (Yusuf)? Sesiapapun boIeh memiIih, selagi nama tersebut mempunyai maksud.


Nota Tumit: Pening nk fikir nama anak..

Thursday, July 8, 2010

Warkah


Assalamualaikum sayang..
Apa khabar?.. Ibu harap anak ibu baik2 sahaja walaupun ibu tak tahu bagaimana keadaan anak ibu.. tapi ibu berdoa dan berharap semuanya baik2 saja ye.. ohh..tujuan ibu melayangkan warkah ini adalah utk meluahkan apa yg ibu rasa.. Ibu tahu ibu mungkin bukan ibu yg baik..tapi ibu cuba utk jadi yg terbaik untuk anak-anak ibu..itu harapan dan impian bukan sekarang..tapi berkurun dulu.. Ibu mmg tak ada pantang apa2.. sbb ibu alami alahan yng teruk.. jadi apa saja makanan dan minuman yg boleh, ibu makan dan minum saja.. maafkan ibu sbb masa alahan tu..ibu tak makan dan minum apa-apa pun..sampai ibu rasa perut ibu sakit sgt..tulang belakang ibu sakit..dan ibu menangis sbb tak tahan dgn sakit tu.. tapi ibu takut nk mkn atau minum sbb ibu tak sanggup menghadapi sakit dan seksanya bila muntah..ia menambahkan sakit badan ibu.. ibu mengeluh..menangis..tapi bkn sbb ibu keluh adanya anak ibu ni..tp ibu sedih sbb ibu tak berjaya jadi ibu yg baik.. ibu sedih bila makanan yg ibu makan keluar balik sedangkan makanan tu penting tuk anak ibu.. ibu fikir..apalah anak ibu nak makan kalo semuanya dah keluar balik sbb ibu muntah..tapi anak ibu kuatkan.. ibu hanya harap dgn asid folik sahaja masa tu..ibu tekad gak makan asid folik walaupun ada ketikanya mmg macam nk muntah balik tapi ibu tahan sedaya upaya ibu..ibu harap sangat kalau pun ibu tak makan..asid folik tu boleh tlg anak ibu.. ibu minta maaf kalau ibu ada sakitkan anak ibu..sbb ibu ada perasan ibu ada rasa sakit perut sgt..tapi masa tu ibu tak tahu ibu mengandung.. ibu cuci rumah kita..ibu jalan laju-laju sbb ibu mmg tak tahu ibu mgandung walaupun kadang2 ibu rasa pening dan nak muntah..hati ibu kuat mengatakan ibu mengandung tapi bila ibu buat ujian kehamilan ianya Negatif..kata makcik ibu..iaitu nenek Ana kamu..sbb masatu kamu kecil lagik..jadi tak dapat nk kesan kehadiran kamu... Maafkan ibu yee.. ibu mmg btl2 tak tahu masa tu.. tapi macam ibu katakan tadi..ibu yakin anak ibu ni kuat.. kuat macam ibu kan??.. Skrg..Alhamdulillah.. alahan ibu dah kurang..ibu dah boleh makan dan minum..cuma biasalah kdg2 ibu rasa nk muntah.. penat dan ibu masih tak boleh minum air masak.. tapi itu pun ibu dah rasa bersyukur sangat..sbb ibu dah boleh makan..jadi anak ibu dah dapat sumber makanan dari ibu kan..berat ibu pun dah naik skrg, kalo dulu..ibu hilang 5kg masa 3 bulan pertama hamilkan kamu.. baru-baru ini ibu pergi buat pemeriksaan di klinik..berat ibu naik 2 kilo..oklah kan..atleast doktor pun dah tahu ibu dah ader selera makan balik..skrg pun ibu asyik lapar saja..dan kalo lapar mmg ibu akan terus makan..sbb kalau tak..perut ibu akan masuk angin dan sakit.. jadi ibu makin sikit2 tapi kerap.. lagi satu sbb ibu fikirkan kamu..ibu tahu bila ibu lapar..kamu pun akan lapar kan..jadi ibu tak mahu anak ibu lapar..kalau ibu lapar tak apa..tapi kalau anak ibu lapar..luluhnya hati ibu.. Duit gaji ibu semuanya banyak ibu habiskan beli makanan yg ibu rasa nk makan.. Uwan (panggilan untuk 'ayah' bagi orang Brunei) mmg tak halang ibu nk beli apa pun jadi ibu suka sangat..tapi kan ibu perasan kamu ni cerewet kan?.. semalam kamu ok saja makan makanan tu..tapi esok bila ibu beli lagi..kamu dah tak mahu..ibu muntah dan ibu rasa makanan tu dah tak sedap dah.. pastu ibu selalu terbayang makanan yg mahal-mahal.. bila dah terbayang ibu beli saja walaupun berapa harganya.. mula2 dulu ibu langsung tak boleh makan nasi..benci btl tgk nasi..ibu suka spagetti..makaroni, penne.. hahaha..memang selera mat salleh kan.. tapi sekarang dah boleh dah..tapi itu pun tgk nasi macam mana.. kalo beras murah mmg ibu tak selera..hamboi.. cerewet sungguh.. org kata tu mak nya yang mengada..tapi ibu diam saja..nk buat macam mana..org tak hamil tak tahu lah..lagipun bkn semua org sama kan..macam kawan ibu..tiap kali pakai tudung dia muntah..kalo pakai tudung tgk cermin lagilah muntah..pelik kan?..tapi itulah kenyataannya..lain orang lain ragamnya..tak sama..so ibu tak kisahlah bila org nk kata ibu mengada ker apa.. bkn ibu minta duit sesiapa pun..asal anak ibu sihat sudahlah.. btl tak?.. ibu ingat..ibu nak mula beli barang kamu..kesian pula ibu tgk kamu..satu apa pun tak beli..atleast adalah sepasang dua baju utk kamu kan..bukan ibu tak mahu beli tapi ibu sekrg malas btl nak keluar..apatah lagi pergi tempat-tempat yg sesak dan ramai orang.. ibu rasa nak lepak di rumah saja..apatah lagi rumah kita tu sejuk tau..mlm2 ibu tak buka kipas pun..tapi macam duduk kat cameron.. sejuk sangat..mmg rasa syok jerk lepak kat umah.. dapur gas pun ibu dan uwan tak beli lagik sbb tak keluar pun shopping.. teruk kan??.. hahahahah.. ibu ingat nak beli sekrg bkn apa..bulan depan dah mula puasa..masa tu mesti ibu lagi penat kalau nak keluar..walaupun ibu tak tahu ibu puasa ker tak nanti.. tapi kalau haus atau lapar ker takkan ibu nk p singgah Mc D pulak kan..malulah.. ibu nak beli sikit2.. sbb ibu tak mahu rasa pengaliran wang yang banyak nnti.. skrg ibu tengah survey apa brg yang penting dan yang tak berapa penting.. lagipun ibu dan uwan baru pindah rumah..barang2 rumah pun banyak nak beli lagi jadi ibu kena bijak dalam berbelanja kan..hahaha tapi kalau bab makanan mmg ibu tak bijak pun..ibu beli saja apa yang ibu nak makan..hehehe... Nama kamu pun ibu belum cari btl2 lagi..adalah hari tu cari tapi ibu tak puas hati lagi..macam nak cari lagi yang betul2 memuaskan hati ibu..mestilah ibu nak yang terbaik untuk anak ibu kan..nama pun yang punya maksud yang baik-baik je kan.. jadi nak yang terbaik makan masa juga..betul tak?.. Dulu masa anak dara..ada juga ibu cari nama konon-konon senang bila dah nak ada anak.. tapi bila btl nak ada anak..tak semudah yang disangka pula kan..nak nama yang baik-baik dan sedap.. ibu tak mahu bagi nama yang sedap tapi tak tahu apa maksudnya.. ibu nak nama anak ibu tu jadi doa.. semua pun mahu yang terbaik untk anak-anak kan..ibu pun macam tu.. Anak ibu sayang.. ibu tak kisah apa jantina kamu..lelaki atau perempuan tetap anak ibu kan..walaupun ibu harap dulu masa tu belum kahwin lagi..kalau anak sulung biarlah lelaki..tapi sekarang ibu tak kisah..lelaki atau perempuan ibu sayang juga sbb darah daging ibu kan.. ibu cuma harap kamu sihat sempurna dan segala-galanya selamat..Ibu cuma harap..kamu jadi anak yang baik..walaupun ibu pun bukan baik sangat tapi kamu contohilah apa-apa sifat baik yang ada dalam diri ibu.. yang tak baik tu kamu jgn pula ikut yee.. ibu doakan kamu jadi anak yg kuat menempuh cabaran di dunia..hidup di dunia mmg banyak cabaran tapi kamu jangan risau..ibu akan sentiasa memimpin kamu supaya kamu tak terbabas dan ibu sentiasa ada di sisi kamu bila kamu memerlukan..ibu nk kamu tahu..kasih ibu sampai ke syurga untuk anak-anak ibu..ibu sanggup berkorban apa saja..sbb tu ibu tak fikir langsung sakit nak bersalin nnti macam mana..bagi ibu, ibu akan buat sebaiknya utk melahirkan anak ibu nnti..sakit pun sakit lah kan..dapat pahala.. jadi apa yg ibu nak takutkan?..ibu cuba hadapinya dengan tenang sbb ibu sayang anak-anak ibu.. ibu rasa..semua yg bergelar ibu pun sama macam ibu.. semua sanggup berkorban utk anak-anaknya.. sbb itu..syurga di bawah tapak kaki ibu..ingat yee..

Salam Sayang,
Ibu

Wednesday, July 7, 2010

Suroh Luqman, Suroh Maryam dan Suroh Yusof

Aku tgh mencari ketiga2 suroh ini..
Nak download tapi asik tak boleh jerk?...apasal hah??
Nak sabotaj org Islam yerk??
Nk beli tapi selalu tak ada masa..balik kerja dah petang..bdn dah penat..
Hujung minggu mmg sgt sibuk.. sampai yg dirancg mesti terpaksa di postpone..
Adoiii..
mana erk aku nk cari laman web yg senang nk download ketiga2 suroh ni??
Kalo lagu ntah pape tu senang lak nk download..mmg keji lah....

Mmglah kalo aku baca sendirik lbh afdal kan..
tp aku akui aku ni bukan baik n rajin sgt..kalo takat baca suroh2 lazim yg biasa aku ingat tu..
bolehlah..sblm tidur... tp hati mmg ader taman yg besar..
Nk bagi anak dalam rahim aku ni dgr suroh2 ni..dari asik duk dgr perkara tak baik kan..
Tinggi btl impian ibu ni kan?..kan?
Lagi2 aku kerja company cina..dgn kawan aku sorang ni asik duk pasang lagu cina jerk 24jam..

Tolong erk pada siapa yg tahu mana lama web yg senang nk download.. please!!

Nota Tumit: Semalam aku tekapkan suroh Yasin dan Asmaul Husna pada perut..mula2 tak ader reaksi..pastu dh nk dekat2 habis bacaan tu aku rasa denyutan nadi kat perut aku... aku yakin tu denyutan nadi anak aku..Alhamdulilah..anak ibu suka yer??..mesti dia cari mana dtg bunyi tu kan.. Semalam asben aku yg tolong bacakan..tp semlm saja nk buat eksperimen..bila ader respon..best lah n makin excited nk buat... Alhamdulillah..moga anak ibu akan jadi anak yg Soleh/Solehah dan teguh Imannya.. ibu berdoa..~~

Ni bukan kes mengidam tapi ketagih..


Sejak dari blom kawen..dah kawen..aku sgt suka mkn nasi lemak mak kawan aku ni..
Dia ni opismate aku tpi lain departmnt..nasi lemak ayam lah paling aku suka..sedap siot..hahaha
Kalo aku mkn sure tak cukup..mahu jerk aku beli dua bungkus mkn aku sorang hahaha..
tamak aku ni kan... esok mesti beli lagik..esok lagik..lagik..

Nasi lemak dia taklah berlemak.. tak guna santan kot..tapi mmg sedap..
pastu ayam goreng dia mmg rasa kunyitnyer..
Ikan bilis yg kecil2 tu..banyak pulak tu..
Sedap nyerrr..

Teringat aku masa time belajar dulu..
aku, fat, zam n mine selalu beli nasi lemak kat makcik bawah tu..
tp dia selalu campur kacang n ikan bilis..
mmg aku tak suka sbb kacang yg banyak..ikan bilis tiga ekor jerk.
Dah lah ikan bilis kan kecil2 comel.. mmg tak puas..
Balik jer umah..kitaorg goreng ikan bilis sendirik...
Goreng telur.. puas.. padahal beli nasi lemak biasa jerk..hahahaha

Mmg org meniaga macam tu kan..suka campur kacang ngn ikan bilis
Tp ikan bilis seekor jer bagi..dahlah aku mmg tak suka mkn kacang..
Mmg kacang tu akan ku tolak tepilah..
Tp yg mak kawan aku jual ni..mmg ikan bilis dia banyak..pastu yg kecil2..
Tu jenis yg mahal punya..n garing jerk bila mkn..hehe..

Tp tu skrg lah..masa kawan aku duk ngn mak dia kan
nnti dia ngn asben dia nk pindah dah..
tak dapatlah aku nk kirim nasi lemak sedap tu lagikk
Iskhh..meroyan lagikk.. huhuhu
Sedihnya...

Nota Tumit: Tak dapat mkn nasi lemak pun nk sedih... tak macho langsung..

Tuesday, July 6, 2010

Meroyan di hujung minggu


Sbnarnya..aku masih blom berkesempatan masak tuk asbenku yg tercinta..
opss..jgn cpt sgt kata aku ni malas ke apa okies..
Masa baru2 kawen aku dan asbenku duk bersama familyku.. jadi sudah pastilah aktiviti masak memasak mak aku yg uruskan..balik kerja jer mak aku dah siap masak..so aku dan asbenku hanya makan saja.. lagipun takkan aku nk masak lagik.. kalo tak pun aku goreng telur dadar sbb dah boring sgt mkn daging atau ayam... pastu..bila dah pindah ni..aku lak kena alahan..mmg tak leh masuk dapur.. eh silap..masuk dapur boleh.. cuma aku takleh bau2 masakan..rasa nk muntah..dan sampai skrg aku tak suka p kedai makan sbb bau masakan kat kedai akan lekat kat pakaian aku n buat aku tak selesa.. n satu lagi sbb ialah.. kami masih tak ada dapur gas.. sbbnya asben ku amat cerewat dlm membeli brg rumah.. dan ianya amat susah utk mencari yg memuaskan hatinya..lagipun aku kan tengah alahan..jadi asbenku mahu membeli peralatan lain dahulu..jadi aku ikut kan saja..

tapi..
bila alahan ku dah semakin kurang dan selera pun bertambah baik..aku macam meroyan pulak..
bila nak dapat dapur gas ni???.. aku dah meroyan nak masak.. mcm zaman belajar dulu..
sbb bila aku kepingin nk mkn sesuatu boleh aku terus masak jerk..ni karang bila nak beli..
nk cari lagi..pastu kdg2 tmpt biasa yg ader jual..tak meniaga pulak..tu takper lagik..
kalo ader pun tak menepati piawai tekak aku yg sgt2 cerewet sejak preggy ni...alahai!!!

sbb yg lainnya ..aku skrg suka sgt tgk dan baca blog2 masakan...
rasa mcm nk try buat..bkn masa anak dara tak nak try tapi mak aku tak suka org guna dapur dia.. lagi satu..aku tak suka org campur tgn bila aku masak.. karang..ni tak boleh..kena bubuh ni.. takleh bubuh tu.. padahal aku mmg nak atau taknak bubuh bahan2 tu...
so..bila ader dapur sendirik..suka hati akulah kan nak masak macam mana pun..
nk tambah2 ikut tekak aku ker.. nk kurang kan bahan A n ganti dengan bahan B ker..kan?
so macam dah sgt2 meroyan dah ni.. tp malas nk citer kat asben aku sbb aku takut bila dah ader nnti aku punya semangat lak yg tak ada..huhuhuhu...
tp..biasalahkan dah jadi wife ni kenalah masak tuk asben.. sian asben aku..asik mkn nasi bungkus jerk...nk buat macam mana kan..dah tak ader dapur gas.. dia gak yg memilih bagai..so..terpaksalah..lagipun aku kan kerja..balik pun dah nk maghrib mmg surelah aku penat nk masak ..n cuci baju lagi hah..cuma kalo hujung minggu lah aku akan meroyan sengsorang..huhuhu... asbenku janji bulan ni.. tapi tak tahu lagik bila sbb kami tak sempat nk bershopping sbb hujung minggu memang sangat2 sibuk.. ingat nak survey brg2 baby sekali..sian anakku..satu apa pun ibu tak beli lagik..mmg ibu tak ada mood nak keluar lah sayang..suka sgt duk umah yg sejuk tu.. sampai nk p kerja pun rasa berat jerk nk tinggalkan umah sbb rasa umah kita tu best sgt...hehe..

Nanti bila dapat dapur gas..aku nk masak apa dulu erk??..macam2 dah ni ader dalam pale otak aku.. tak sabarlah..excited sangat.. tp aku rasa nak masak makaroni goreng..
hah??.. makaroni goreng jer?.. ingatkan nak rendang ayam ker kan... tp makaroni goreng aku ni tak sama macam yg kat kedai..ni special aku punya resepi... rasa teringin lah nk makan..adoiiii..

Friday, July 2, 2010

Manusia oh Manusia..

Susahkan jadik manusia ni..nk puaskan hati semua org.. kita diam salah..kita bising salah..abis macam mana??.. Kita tak kacau org pun..diam2 buat kerja tetiba ader lah dgr citer..macam ni..macam tu..iskhh.. geram betul.. rasa macam nk p jerk semuka ngn org tu.. tp kalo buat macam tu..rasa mcm sama jerk biol..jadi diam saja..pekak telinga sudah..

  1. Ni kisah masa aku nk kawen.. aku mmg ader rapat ngn seorg makcik ni..ntah macam ner aku pun tak ingat aku leh TER rapat ngn dia.. yg aku sedar..dia rajin bawakan aku makanan walaupun aku tak minta..aku ni kan jujur lagi budiman org nyer..org bagi..amik jelah..makan..masa tu lah aku ader mcm2 masalah..so ader lah aku citer ngn dia..yelah..aku ni muda..of courselah nak minta pendapat org yg lbh tua kan.. so jadiklah rapat..hingga lah tiba 1 masa aku dh tak rapat dh ngn dia..sbb nya??..sbbnya masa tu aku amat2 lah sibuk..mmg nak gila lah rasanya..sbb kat departmnt garfik ni tinggal berdua jerk..kawan aku yg sorang tu dah berenti..masa tulah kerja tgh menggila..mmg tension sbb byk yg urgent..so mbuatkan aku TER renggang lah pulak ngn makcik ni..pastu dia pun diam n tak tegur aku sampailah satu masa bila aku nk kawen kan..aku pun bagilah kad kat semua org kat opis ni..rapat ker..tak rapat ker..aku bagi jerk..dtg ker tak..tak kisahlah kan..janji aku dah bagi...tahu tak..masa aku bagi kat makcik ni macam mana..??..dah lah dia tak pandang muka aku masa aku bagi kad tu..pastu dia hulur fail dia suh aku letak atas fail..bukan amik pakai tangan..siapa lagik kurang ajar??..pastu dia terus blah tak cakap pape.. masa tu mmg aku terasa..so rude!!..ok takper.. itu satu hal..hal yg kedua..aderlah seorg kat opis ni bgtahu aku..ngadu kat aku..katanya makcik ni kecoh2 kat org semua tak mo dtg wedding aku..dia kata aku bg kad macam tak ikhlas jerk..langsung tak ckp pape..ohh..ini boleh mendatangkan marah ok!!... masa tu aku rasa nk jerk p jumpa maikcik ni.. apa masalah kau ni hah??.. padahal dia baru jerk balik dari buat haji..macam tu ker perangai org baru balik haji??..baik ko tak payah p haji kalo perangai macam tu.. aku ni mmg lah perangai macam ni kan..sbb aku ni blom dpt hidayah p haji..duit pun tak banyak..kiranya oklah kan aku tak p haji lagik ni dia tu..balik haji boleh fitnah aku macam tu??..kawan aku kata.. teruk btl makcik tu (padahal kawan aku ni India) dia pun leh tahu..dia kata..p haji tapi apasal perangai macam tu??.. tak insaf langsung.. aku kata kat kawan aku ni..aku bagi kad kat semua org..supaya tak ader yg terasa kan..dtg atau tak..terpulanglah.. bukan aku hadap sgt dia nk dtg.. tp tak bestlah bila fitnah aku macam tu..dia yg mula2 kurang ajar ngn aku..pastu canang kat org aku ni lak yg kurang ajar..mentang2 aku ni muda..dia tu tua..of course ramai percaya fitnah dia tu..ok takper...dosa kau..mmg aku tak maafkan.. fitnah aku kan??..takper.. pastu dia citer kat semua org.. yg dia selalu minta tlg aku hantar n amik dia kat umah tu semua dia bagi aku duit minyak..gila fitnah lagikk.. mana ader dia hulur duit minyak..paling tak pun dia belikan aku kuih.. tujerk..3 biji rm1..duit minyak rm1 ker??.. sakit tul hati aku masa tu..buat baik ngn org..tp macam ni lak org balas kan.. kdg2 btl gak kata org..jgn tgk org tu rajin p solat..tak pnh terabai..tp perangai kalahkan se***.. kalo lah baik kan..apa sbb dia fitnah aku semua??.. aku ni diam jerk.. tp tetiba ader lak suara macam2 yg tak btl.. kalo ikut panas baran aku..jumpa jerk dia..tak ckp banyak..aku terus jerk lempang.. tua muda.. dh tua..buat2 lah bertobat.. ni tak..tambah dosa..yelah baru balik haji..dosa tak ader.. tu yg p buat dosa kan??..kan??..Nauzubillah....
  2. Ni pasal saudaara sendirik lah..pasal kahwin aku gak..aku mmg tak berapa rapat ngn family belah bapak aku..mmg dari kecil..so bila balik kg tu bawak diri lah kami adik beradik.. bkn tak selalu jumpa tp sbb dulu ader krisis kan dlm family..so mmg nmpk janggal lah nak bermesra bertepuk tampar macam family mak aku..so bila aku kawen..family belah bapak aku lah ramai dtg..kalo ngn makcik2 n pakcik2..ok lagik..tp ngn sepupu sepapat ni mmg tak ngam lah...sbb diorg ni stok2 berlagak..aku ni bkn jenis macam tu..malas ar nk lawan2 ngn diorg..so ader lah sorang sepupu aku ni..perempuan..kekwat giler.. tak pakai tudung..bajet cantik?..hahahaha.. sctly dia bertunang dulu dr aku..hantaran 10k.. tu pun bapak n mak aku yg citer..aku mmg takkan tanya..buat apa kan?..bukan hal aku pun..so bila asben aku hantar rombongan bertunang..terus diorg bagi duit hantaran sekali..10k gak.. so 4 bulan pastu terus kitaorg kawen..tak tunggu lama lah kan sbb family lelaki mmg nk cepat kalau boleh..tapi kitaorg yg minta 4 bulan lah.. masa aku bertunang dia sorang jerk tak dtg..lantak ko lah kan..aku tak kisah pun.. tp tup2 masa aku kawen..dia dtg..aku ni kan berhati mulia..mmg tak pk bkn2 lah..suka hati kolah nk dtg ker kan..tak nak pun aku tak kisah.. so hinggalah satu hari aku terbuka fb sepupu aku..aku tak add dia..tp oleh kerana dia tak private so aku leh lah tgk wall dia kan..so aku terpandang lah ader gambar perkahwinan aku yg ditag..masatu aku baru seminggu kawen kot..so mmg tak aderlah gambar kawen lagik kan..hrp kwn2 jelah..so aku pun tgk.. baca jer tittle dah myirap darah aku..tu blom baca komen2 kat gambar tu..aku terus telefon bapak aku..siap nangis2 lagik..ciss..terasa tau..dia punyalah kutuk2 aku.. siapa lagi..sepupu aku yg kekwat tulah..dah lah sblm tu..bapak aku pujuk aku p kenduri tunang adik lelaki sepupu yg kekwat tu..mmg aku bajet nk p..sianlah kan..diorg dtg kenduri aku..tp bila jadik mcm ni terus aku kata kat bapak aku..cancel nk p kenduri diorg..balik umah..aku terus tjk kat bapak n mak aku..n sblm tu aku ader antar mesej kat perempuan ni..aku tanya apa masalah dia kan kutuk2 aku kat Fb..korang tahu..dia reply nk ckp mmg kurang ajar nk mampos...aku tjk lah kat parent aku..siap ckp aku gampang lagik..balik kg..aku bgtahu nenek aku..so nenek aku tanya dia..dia tak ngaku pastu delete kat Fb dia semua komen yg dia komen kat majlis kawen aku..takutlah kan?..semua org tanya dia tak ngaku..pastu..tak habis lagik..adik lelaki dia yg bertunang tu antar mesej kat aku.. marah2 aku..kata aku ni macam2 n siap ckp tu bkn kakak dia yg ckp..dia kata sepupu aku yg hi***** yg ckp..apa dia ni ingat aaku bodoh ker?..dah aku bc mmg kakak dia yg tulis kt komen tu..sepupu aku yg hi***** tu tak tulis papae pun..mmg lah kakak dia ni dah memutar belitkan fakta..sampai ngn adik sendirik pun dia tipu n gunakan nama org lain yg tak bersalah sbb takut..pastu adik lelaki dia siap cabar aku balik kg minggu depan..dia kata semua saudara mara dh tahu kes ni tp tak nak besar2 kan..lawak kan??.. aku ker yg mulakan dulu??.. so aku ngadu kat adik lelaki aku..punyalah mgamuk adik aku..pastu kitaorg balik kg sprt yg dijanjikan..mmg saudara mara semua ader..tp korang nk tahu..btg hidung diaorg ni langsung tak ader..bacul ker??..nampak sgt bersalah kan??..poyo2 jerk cabar aku balik kg..konon2 nk gaduh ar..tapi dia yg tak balik..alasan esok ader exam.. takkan ko tak tahu bila ko nk exam kan??.. bagi alasan banga** mcm tu kat aku.. lawak kan??... huhuhu.. Diorg ni sbnarnya takut ngn bapak aku..sbb bapak aku ni garang...tp biasalah berlagak jerk lbh...cakap gebar2.. siap kata aku ni tak penting bg keluarga Mahat..Hello..aku tak kisah pun tak penting bg keluarga Mahat..ader aku kisah??..kalo ko ckp aku tak penting bg keluarga Mahadi (sblh mak aku) mmg lah aku kisah...ni keluarga Mahat...cittt..tp ko kenalah ingat ok..ko kata penting ker tak...aku ttp penting bagi Timah dan Fatimah...sbb mak aku dan bapak aku sepupu ok...aku ni cucu kuat..ko ingat tu..lagik satuu...kalo aku citer kisah aku masa kecik macam mana nenek ngn atuk Mahat ko tu layan aku...macam menatang minyak yg penuh..sure ko bengang kan...tp aku malas nk berlagak ngn ko...hahahahahaha...nasib aku ni tak bodoh n ader penyakit merbahaya walaupun mak aku ngn bapak aku sepupu...tak macam ko..mak bapak kawen jauh2 pun tapi ckp tak guna otak.... Nauzubillah...
Nota Tumit: Dua kisah nilah yg plg berbekas dlm hati aku..mmg susah lah nk maafkan.. Maaf..teremosi lagik sekali!! ;P

Privasi itu penting ok!

Aku rasakan.. kalo ader award blog paling buruk mesti blog aku menang..
hahahahahahaha--

Kalo nak diikutkan..blog aku mmg buruk pun.. tak macam blog org lain..
ader hias..ntah apa2 lagik ntah letak kat page tu.. aku punya macam blog tak siap..
Tapi ok apa..buknnya ader org baca pun.. so baguslah..ader privasi sket..
Ader lah gak tmpt nk luah rasa semua.. kalo kat FB tu..nak jerit2 sumpah seranah pun
kena cover2.. karang tak pasal2 kena saman.. kiranya tak ader privasilah..

Sbb tu aku dh delete alamat blog aku.. nak privasi lah..
Kat sini aku leh luahakan apa yg aku rasa..suka ker..sedih ker..gembira..benci
apa2 lah.. so bebas sket..tak ader org komen pun tkpelah.. mcm blog syok sendirik kan
Bila dah ramai sgt baca karang..n ntah apa2 org ntah kan.. dan tak bestlah nk tulis blog
Kan blog tu tmpt luah isis hati.. karang dah tak best..macam nk cover2 lak..

Skrg ni heppy lah.. boleh tulis apa yg aku nak..

Sungguh Teruk!!


Mengidam ker?..ntah..yeker?..
Bila aku preggy ni selera aku berubah.. teruk btl..
Kalo berubah yg baik tu takper gak..ni yg tak baik..
Iskh..iskh...

Mula2 aku mengidam nak minum air gas..punyalah mengidam sgt2...
Padahal masa anak dara n blom preggy..aku langsung tak berapa suka air gas..
Kalo p mkn fast food mmg tak habis lah air aku tu..
Asben aku lah yg mghabiskan air..
Tapi..
Sekrg sudah berubah..
Aku kepingin sgt nak minum air gas.. lagi2 pepsi ais..gila tak??
Mak aku kata..minum tapi sikit..
Taknak bagi kempunan..bila dpt minum..
mmg sedap giler lah..rasa nikmat lain macam..
Macam air pepsi tu sedap btl..tak pnh aku minum air ni..
Gila kan??... aduhhh!!


Pastu..aku ni mudah sgt teringin apa yg org lain makan atau minum..
Macam sedap jerk apa diorg makan tu..
Macam ader seorg member kat opis aku ni..
Lelaki cina..dia suka bedal air kopi susu ais petang2..
Punyalah sedap aku tgk dia minum..bau kopi tu lagik..adusss..
Mmg boleh getar jiwa..
Tekak aku pun mulalah..mula gatal2 nak suh kawan aku tapaukan air kopi susu..
Tapi smpi skrg tak tapau2 lagik..
Nak ker tak nak?.. tapi macam best jerk.. hehe

Skrg ni..air masak mmg tak leh masuk dlm tekak aku ni..
Rasa macam nk muntah... padahal kalo nak diikutkan..air tu lah air feveret aku dulu
Mmg tak sahlah kalo tak minum air masak ni..
Tapi skrg berubah 100%
Risau gak aku..aku ader tanya doktor..
Dia kata try minum jus kalo tak leh..
So..hari2 lah aku bedal minum Sanquick..
Tu pun rasa jemu lah pulak..minum ribena pun rasa macam tak boleh masuk..
Apa ni??.. semua yg bagus semua tekak aku takleh nk masuk..
teruk btl.. salah aku kah??..huhuhu
Susu lagi lah..masa mula2 preggy bkn main excited beli Anmum..
Konon2 nk minum..tapi bila bukak jer..bau Anmum tu mmg pening pale aku..
Sure kalau aku minum ni muntah..
So aku try beli UHT..susu rendah lemak yg ader 9 Vitamin tu..
Tu pun feveret aku dulu..tapi tu pun mcm terpaksa jerk nk minum..
Sampai dah nk expired dah..tak luak2..last2 asben aku lah jadik mangsa suh minum susu tu
Sblm expired.. sian asben aku mcm tong sampah lah pulak..
Nasib tekak aku boleh minum air yogurt..skrg aku bantai Blisst..
oklah..bagus tuk sistem penghadaman aku ni.. maklumlah aku ni selalu ader masalah ngn pghadaman..so minum lah Blisst botol besar tu..

Mkn lak..mula2 mmg takleh makan nasi..
Skrg alhamdulillah..dah boleh masuk..tapi nasi yg putih tu aku kurang lah..
Kalo nasi goreng ker..nasi org kawen ker..yg ader rasa2 tu..ok lah gak..
Kalo yg putih bersih n tak ader rasa tu..aduii..seksanya nk mkn..

Macam mengada lah pulak kan??
Tp nak buat macam mana..
Kalo aku paksa karang..aku gak yg susah..muntah bagai..
So baik aku turutkan jerk selera tekak aku ni..
Harap2 tak ader papae.. Amin!!

Nota Tumit: Adeker smlm aku mimpi mkn nasi ngn ikan keli goreng??..Gila ker??..aku dah lah tak suka ikan keli..tetiba dlm mimpi aku mkn lak..bila bangun tidur..rasa loya tekak terus muntah.. huhuhuhu... Nasib tak mgidam keli masa preggy ni..hahahaha

Jodoh itu Rahsia ALLAH

Korang percaya tak?.. Ya Islam of course lah percaya kan..
Baru2 ader seorg member aku tanya aku soklan ni..

"Yatie.. macam ni ko yakin yang tu adalah jodoh ko?"..

Bagi aku.. selain kita dah kenal lama sidia..tahu perangai dia semua..
baik dan buruk.. hanya Allah saja yg boleh gerakkan hati kita utk terima seseorg tu..
Maksud aku.. banyak2 lah berdoa pada Allah..senang kan?
Memang keputusannya tak dpt serta merta atau bkn terus dr mimpi kan..
tapi gerakan hati pun satu petunjuk..
Mcm aku..walaupun aku tak buat solat Istikharah..tapi selalu lah doa..
Dekatkan jodoh kita tu dgn kita..dan permudahkan untuk bersama..

Lagi satu..aku percaya perempuan baik utk lelaki baik dan begitulah seterusnya..
Maksudnya..kalo kita nk pasangan yg baik.. kita perlu baik dahulu
Supaya kita pun akn dpt org yg baik..

Lambat atau cepat jodoh seseorg bkn kita yg tentukan..
Itu semua di luar kuasa kita..
Cuma byk2 berdoa supaya jodoh cepat sampai dan dipermudahakan
serta berjumpa dgn org yg baik dan boleh membimbing kita..
Allah saja yg boleh mgerakkan hati kita utk terima sipolan tu..
Walaupun mungkin sblm ni..kita tak suka dia ker..
Kita ragu2 ker..macam2 kekeliruan kan..
Tapi bila kita minta Allah beri kita yg terbaik..Insya Allah..
Kalau sidia tu mmg baik..akan tergeraklah hati kita utk menerimanya..

Apa2 pun..jodoh tu kan rahsia Allah
Mungkin kita tak tahu..esok seru tu sampai..
Padahal langsung tak plan pape..
Dgr2 ader org dtg merisik dan sidia tu baik budi pekertinya..
Jadi.. banyak2 lah berdoa.. semoga mendapat jodoh yang baik..Insya Allah..

Wednesday, June 30, 2010

Akulah Wanita itu

Aku bkn wanita yg baik sgt.
Aku ader kekhilafan sbg manusia biasa.
Hati aku..hati kering. Tapi aku suka..
Kalau aku benci kau.. mmg aku benci
Kalau aku suka kau pun.. tu mmg sbb aku suka..

Aku garang..tapi aku pyayang..
aku akan ingat apa yg org buat kat aku..dan keluarga aku..
baik atau jahat..

Aku nak hidup berdikari..walaupun aku dah kahwin..
sbb dari kecil mmg aku dah berdikari..
dah belajar hidup susah..sampai satu tahap..aku rasa..
aku kah itu??.. rasa macam tak percaya..aku pnh lakukan 'perkara2' tu..
sbb tu aku nak ader rumah sendiri..tak mahu kongsi dgn family lain bila dah kahwin..
itu prinsip ok..
sila paham!!

Aku nak didik anak2 dan urus rumah tangga ikut cara aku..
Bukan cara orang lain..
Aku nak masak ikut resepi aku..ikut selera aku..suami dan anak2..
Walaupun suami lagi suka masakan mak dia.. tapi aku akan belajar
walaupun mungkin tak 100% sama.. sbb apa yg sedap kat dia tak semestinya sedap kat aku kan.. aku tak suka share2 barang ngn org..lagik2 share dapur.. harap maaf..

Aku tak pandai nak manis2 muka bila aku dah benci..
Aku tak reti cara2 nak membodek bila aku rasa menyampah..
Aku tak kan cakap dgn 'orang' tu bila aku dah benci kat dia..
so bila aku diam tu..paham lah..
semua family aku dh paham perangai aku..ko tak suka??..
ader aku kisah??
dari kecil mmg aku dah biasa luahkan apa yg aku tak suka..
apa yg aku tak puas hati..bukan diam pendam perasaan..sbb tu hidup aku selalu happy..
aku tak reti nak diam2 kalo aku tak puas hati..
biarlah org tu kata aku ni mulut jahat bagai..
asal hati aku senang..

Aku bukannya takut nk terima kesalahan macam perempuan gila tu..
kutuk aku bagai..pastu delete semua bukti..tak ngaku..kata tu kerja org lain
ko mmg BACUL!!..
aku diam jerk sbb aku preggy ok..
kalo tak..mmg aku dah lempang muka ko
Biar muka ko senget masa ko nak kawen nnti..

Tak kisahlah saudara ke apa..
Langsung tak jadik kudis pun..
sampai abah tanya aku.. "Sampai bila nak berdendam.?"
Aku jawap.. " Sampai mati".. pastu Abah dah tak tanya dah..

Jahat kan?.. aku jahat tapi aku tak dtg kenduri org pastu kutuk bagai..
aku tak dtg lagik bagus..aku tak tahu apa2.. aku tak buat dosa
walaupun org umpat aku sombong ker..berlagak ker..
mampos ko lah.. sorry..teremosional..

Dgn asben aku pun.. kalo tak puas hati..aku cakap..
Mmg dia asben aku.. syurga kat tapak kaki dia kan..
Tapi aku ni tanggungan dia..dia kena paham perasaan aku gak..
Bukan main suka buat keputusan ikut sedap dia..
Kalo dia buat macam tu..aku pun akan buat.. dan aku cakap..
Kalo dia boleh buat macam tu..aku pun boleh..mungkin lagik teruk..
Bukan nak ugut.. tp kenyataan apa..
Dia kawen dgn aku..sbb diri aku..
Jadi dia kena terima siapa aku..
Hidup ni kalo jadik baik sgt pun susah..
Orang pijak kepala.. macam kita ni lembik..
Biar ader jahat2 sikit.. itu pendapat aku.. tak tahulah korang macam mana kan..

Kalo kat FB tu.. mana2 aku tak suka..aku remove n block jer tanpa banyak cakap..
aku buat diam2 jerk..
sbb aku preggy..malas nk bising2..
Tak ramai kawan kat list aku pun takper dari buat susah aku jerk..
FB bukan macam FS..FS siapa2 pun leh boleh add..leh approve

Kalo takat nak berlagak..cakap gebar2 depan aku tapi habuk pun takada..
pirahhh.. langsung aku tak heran beb..

Nota Tumit: Aku tak marah kan sesiapa saat ni..

smlm p cek up!!


semalam aku p cek up!!.. dah 17 minggu.. kejap jerk rasa.. hehe..
maksudnya.. aku dah 4 bulan lbh..Alhamdulilah..

sbnarnya dah 3x kali aku p cek up kat KPMC tu..
aku pilih KPMC sbb dekat dgn rumah..pastu aku blh cekup malam..
kalo siang mmg susah lah kan.. dah lah aku ni banyak cuti sejak preggy ni..
karang nk cuti lagik.. lagipun aku ni paling malas bab tunggu ni..mmg pantang aku dr dulu
kalo aku p gomen mmg nak menunggu tu paling aku malas.. pastu dia bkn ikut nombor
dia ikut siapa yg paling kritikal.. baik aku p private.. walaupun ader org yg ckp buang duit..
tapi aku tak kisah..janji hati senang..karang bengang tak pasal2 darah naik..hahaha
dah lah nk wat cek up...

aku pilih Dr. Mimi Suria.. of course lah sbb dia pempuan kan..
asben aku yg request nak prempuan..

mmg berbeza kali p private n gomen.. mmg lah mahal kan..
tp cepat.. dan layanan bagus.. doktor baik.. n yg best ader scan!!

first aku scan.. doktor cuma tunjuk jantung dia..yg lain2 lom nampak lagik..
masatu tak rasa pape lagik.. biasa jerk..lagipun masa tu aku sorang..
first cekup kena p siang..pastu baru wat appoimnt ng doktor nk malam
Dr. Mimi ni ada malam pada hari Rabu jerk..so kalo ader date nk tgk wayang murah..
cancel lah yee.. hehe--

kali kedua..aku p ngn asben..aku yg ketiga..oklah tu..
mula2 kena test air kencing n berat..berat aku turun lagik!!
pastu jumpa doktor amik tekanan.. dan scan..
masatu baby kecil lagik.. tp dah nampak tangan..kaki..kepala..
lambai2 kat aku.. terharu!!.. nasib doktor bg tgk lama tp tak puas..
asben aku lak macm tkejut..hahahaha
tp bila doktor Mimi halakan monitor pada asben aku..baby terus berenti gerak..sampai doktor kata.. "tu kan ayah awak tu.."
terus dia gerak balik.. bila monitor p kat aku balik..mmg aktif dia gerak.. mungkin dia tahu..
ini ibu aku.. dan nk ckp.. "ibu..ibu.. saya ni.. " hahahaha
agak aku lah...

balik tu..aku kata kat asben.. "apasal erk baby tak mo gerak bila tgk abang?"
asben aku ckp.. " dia pelik..apasal muka org ni sama macam muka aku ni"..
hah??.. yeker??.. eleh nk kata baby ni macam muka dia lah tuuu.. iskhhh!!

mlm tu aku asik terbayang jerk tangan dia melambai aku.. rasa mcm nk bawak balik jerk sacn tu.. hahahahaha

semalam..ecehhh!!
aku p cek up lagik..
macam biasa test urine..timbang berat..amik tekanan
pastu scan.. kali ni baby dh besar..
bila aku tanya doktor gender anak aku..dia kata baby kecil lagik
susah nk nampak..lagipun terlindung dengan tali pusat..
tp doktor kata..dia dapat agak anak aku ni jantina apa..
tp dia takleh bgtahu..sbb agak jerk.. hanya utk rekod dia saja..
iskhh doktor ni.. saja jerk nk buat aku saspen..
bila monitor hala ke asben aku..
aku pelik bila laki aku banyak tanya..sbb laki aku ni kan pendiam..
mungkin dah tak terkejut mcm hari tu kot..hahahaha
doktor kata next cek up kena amik darah..
dia bagi form..
pastu kami pun p tunggu kat G floor..kat farmasi amik ubat..
laki aku tunjuk rakaman tadi..ohhh barulah aku tahu..
patutlah dia banyak tanya..rupa2nya dia rakam masa doktor hala monitor tu..
nak bagi suara dia ader lah tu..konon2 dia banyak tanya..prihatin yer??..
hehe..

itulah kisahnya.. nasib cek up kali ni semuanya ok
kalo cek up yg kedua..air kencing aku ader protein..
sbb aku tak minum air..
makcik aku kata.. (dia ni nurse gomen)
ader protein bukan maksud kencing manis..
tp bahaya gak.. tak silap aku boleh sbbkan sejenis penyakit..
tak ingat lah namanya..hehe..
bahaya tuk aku dan baby..

Nota Tumit: Tak sabar nak rasa baby menendang... nikmatkah??...

Digi VS Maxis

hahahahaha-- Fb dah tak boleh on kat opis aku ni--
senang kata.. dah kena block!!.. padan muka aku gak kan.. tulah asik on Fb 8 jam..
kejap2 Fb..kejap Fb.. terpaksalah balik rumah baru aku bukak FB.. hehe--

mula2 aku ingat nak bawak berokBand sendiri..tp aku blom beli lagik..
ingat nak try guna maxis tapi line maxis kat opis aku ni macam.... macam aku ni kerja dlm gua lak.. mmg pun!!
bila org call.. nak lari ke hulu hilir mcm org gila..hahaha

maxis kan murah.. sbb tu aku pilih maxis.. tp ramai kata Digi lagik bagus..
kalo pakai Digi pun ok gak kan sbb line Digi mmg full kat opis aku ni.. hanya line Digi jer yg dapat
tp malas lak aku nk bayar kat dua tmpt yg berlainan..kalo maxis jerk kan bagus.. lagipun aku mmg pakai line maxis..asben aku..pakai Umobile..tp bila balik kg..mmg tak dapat Umobile tu.. tapi takperlah..kampung laki aku ader WIFI kat umah dia..

tp masalahnya bila balik kg aku lah.. haruskah aku pakai Digi??..

kalo pakai Digi boleh aku bawak p opis..boleh aku layan FB..
nnti akan ku fikirkan.. tp keperluan kah???

itu yg aku kena fikirkan... huhuhu

mengada2 lah ko ni yatie.. nak beli2 beli jelah..
banyak lah cerita..maklumlah org cermat mcm aku mmg kena berkira..hehe~~

masih lagik...

Digi VS Maxis

Friday, June 25, 2010

16 week~~


Sebenarnya dah lama aku nk update blog ni.. tp selalu sejak mgandung ni vit M terlampau bnyak..memandangkan hari ni sabtu dan terpaksa menunggu hubby ku sampai mgambil aku di opis..jadi aku rasa..baik aku gunakan masa ni utk menulis dlm blog ni..bkn takat dh berabuk..dah berkulat agaknya blog aku ni.. sbnarnya dh lama aku niat nak story psl pgalaman aku mengandung..tp macam yg aku katakan tadi..vit M terlampau banyak..jadi walaupun kat umah aku masih boleh tulis blog..selalu saja aku melengah2knnya..Alhamdulillah..aku dh pun 16 week bersama 4 bulan.. rasa mcm sekejap jerk tp sbnarnya.. mcm2 pgalaman yg aku lalui..nasiblah aku ader ramai rakan yg preggy sama sepertiku..jadi taklah rasa asing sangat.. boleh tukar2 cerita dan share apa yg patut.. ok.. aku sbnarnya dpt merasakan yg aku preggy bila aku merasakan kelainan pada tubuh badan ku..dan kata hati kuat mgatakan aku preggy..aku rasa pening dan loya..tp aku tak muntah..ianya berlarutan utk beberapa minggu.. aku nekad utk membuat ujian kehamilan sendirik..ptg tu..pas balik kerja aku mengajak suamiku ke Watson..masa tu aku suh suamiku tunggu di dlm kereta jerk..bkn apa..aku malu bila suamiku tahu yg aku nk beli pregnancy test..nampak mcm aku ni excited sgt lak nak ader anak.. sampai jerk umah..aku terus buat..tapi hampa..negatif... tp pening dan rasa loya masih melanda diri aku ketika itu.. rasa macam nk muntah..tp tak muntah.. bila aku cerita pada kwn2 ku..ader yg mgatakan aku mungkin hamil..tp biasalah..awal lagik kan..bila period aku lambat dua hari (sbb period aku biasanya tetap pada setiap bulan..) aku sekali lagik buat ujian kehamilan..tp masa tu aku tak harap 100%..sbb takut kecewa kan..kali ni aku buat pagi..bangun2 saja dari tidur aku terus capai pregnancy test..aku tunggu lima minit..akhirnya....Alhamdulillah..keluar dua line walaupun line yg lagik satu tu..samar2 jer warnanya.. masa tu aku masih tinggal dgn keluarga..mama lah org pertama yg tahu aku pregnant..dan kedua adalah suamiku.. aku terus mgejutkan suamiku..dia lak macam mamai2 jerk dgr apa yg aku ckp.. masa tu happy tak terkira.. hadiah yg paling bermakna sgt walaupun sejak akhir2 tu aku selalu bersedih kerana manusia yg tak habis2 dengki pada aku..takperlah..sekurang2nya Allah tu Maha Penyayang kan..org buat jahat kat aku..aku diam jerk..tp Allah tu mgembirakan hati aku dgn berita kehamilan aku ni.. beritu tu pun dah cukup buat aku gembira sangat.. Terima Kasih Allah..
Mula2 aku tak ader apa2 alahan..cuma perut ku rasa sakit.. sbb rahim mula mgembang..masa ni mmg aku berhati2 sgt sbb masih baru kan..tp sbnarnya ader peristiwa yg tak mampu aku lupakan.. aku boleh membantu suami mencuci rumah kami..masa tu mmg tak tahu aku preggy..tp mmg sakit lah perut aku masa tu.. Alhamdulilah tak ada apa2 yg berlaku..dan yg kedua peristiwa aku mgehar Kynn yg berjalan laju masa nk ke kantin.. masa tu aku, Kynn dan Wan nak ke kantin waktu lunch..lunch pukul 12 tp kitaorg ni kul 11.55 dah keluar sbb tak mo berebut dan beratur panjang nk dptkan makanan..dah Kynn yang bos tu pun sama keluar awal..aku dan Wan apa lagik.. amik peluang lah..masa tu aku berjalan laju nak kejar Kynn..pas tu perut aku rasa sakit sgt..aku lak boleh gelak2 sbb teringat peristiwa aku kejar Kynn sbb tak mo Kynn dapat awal dr aku.. Alhamdulillah..
aku merasa pelik apasal aku tak kena alahan.. bg aku..semua wanita hamil perlu kena alahan..baru rasa mgandung kan..mcm pelik lah bila mgandung tp tak ada alahan..tapi nak masuk dua bulan kehamilan..aku alami alahan yg teruk sampai nyaris2 kena tahan wad hospital kerana kurang air.. aku juga kena kencing kotor sbb tak minum air... aku langsung tak boleh mkn dan minum masa tu..apa saja yg masuk dlm mulut aku..semuanya akan keluar balik..mmg masa tu ader lah masa yg amat kritikal bagi aku..sampai satu hari aku tak mkn dan minum apa2.. semua yg aku mkn rasa pahit.. apatah lagi air kosong.. padahal sebelum ni..aku lah hantu air kosong.. mmg air2 lain tak boleh lawanlah air kosong.. berbotol2 aku boleh habiskan..tp bila preggy..lain pulak..air kosong tu sangat pahit aku rasa.. perut aku sakit mcm kena gastrik sbb tak mkn dan minum..pergi klinik..doktor bagi aku mc dua hari..katanya aku alami 'kekeringan' dan 'kencing kotor' kalau tgk pada fizikal mmg aku nampak ok..tp bila tgk pada air kencing aku..mmg ada masalah..doktor ckp..kalau tak ok lagik..aku kena cepat2 p hospital masuk air..bila hari kedua aku masih tak baik2.. aku decide tuk pergi hospital.. tapi nasib aku tak kena tahan wad sbb doktor kata darah aku masih stabil..ntah..aku bkn budak medic..aku pun tak paham apa kaitan darah dgn air.. jadik aku balik rumah dan dapat lagik satu mc esoknya..alahan ni aku alami sampai hampir bulan ke 4..masuk bukan 4 aku dh boleh mkn dan minum cuma air kososng aku masih tak boleh jalan..of course aku muntah pas tu..mcm2 sbnarnya pgalaman yg aku alami masa pregnant ni... barulah aku tahu macam mana pgorbanan seorg ibu tu kan..anak blom lahir..tp macam2 dh kena berkorban.. takpelah..ganjaran yang Allah beri bukan sikit2 kan..jadi redha sajalah..
bila dah 4 bulan ni..aku masih muntah2 lagik.. tp tak lah teruk macam dulu..mkn dah boleh..so Alhamdulillah lah atleast ader makanan tuk anak aku kan.. dapatlah dia sikit vitamin dr apa yg aku mkn.. kdg2 masa muntah tu.. aku siap nangis lagik.. kesian aku pada anak aku..sbb alahan aku langsung tak boleh mkn n minum.. kesian dia tak dpt apa yg patut dia dpt dr ibunya ni.. aku selalu suruh dia kuat..dan sbb dia lah aku kuat.. bila dh nak jadik ibu ni naluri keibuan jadik kuat.. apa2 pun semua untuk anak.. ibu sakit takper.. janji anak aku sihat dan sempurna serta selamat segalanya.. Amin!!

Tuesday, June 15, 2010

Bila nk berakhir?..

..Bilalah nk berakhir ni?.. aku dh tak tahan dah ni.. Ya Allah..kuatkanlah hatiku.. Amin!!

Tuesday, January 5, 2010

inform~~

Information!!

aku buat blog ni bkn tuk dibaca oleh org lain..
hanya sbg luahan rasa..dan ketidakpuas hati aku..

Tapi.....

kalau ada sesiapa yg nak komen..atau baca..
dipersilakan dengan segala hormatnya..
aku tak kisah apatah lagi nak marah..

cuma..di zaman moden apalah salahnya..
kalau kita mggunakan teknologi yg ada..

yelah tu... ;p

...... She come back!!! ........

Alamak... :(

ada satu berita yg aku kurang senang..
hari ni..kerja berlambak2 di opizz..benda senang..tapi aku plg benci bab2 menampal..
macam ajar bdk2 kat tadika... tidakkkkk!!!! aku benci!!!

dalam masa aku tgh myibukan diri..
tetiba terdengar khabar ngeri..

she is come back!!! who??...

mampos lah..kalo dia dah mari..makin bertambah lah kerja aku..
makin azab lah.. makin ringan saja tangan aku nak buat resign letter...

erhhhhhhhhhggggggggggggg......

tension!!!!...

**** pasrah utk kedua kalinya *****

Bermulalah...2010 ;p


ermmm..bermulalah...2010 yg ku nanti2kan.. nanti2 kan??...
entah..
keliru...

Sebenarnya...psssst...mau bisik...
Mr. Ag, iaitu mr tunang merangkap bakal asben i..
tak berapa gemar i berblog2 ni.. tapi..
bila difikir2kan kembali..tahun 2010 adalah tahun yg paling mcabar..
walaupun aku blom rasa terasa dicabar..tapi bau2 nya sudah semakin dekat mghampiriku..
seperti mana tarikh pernikahan kami yg semakin hampir..adusssss...

gembira??.. of course!!
sapelah yg tak gumbira kan bersatu dengan yg tersayang..
ada tmpt untuk meluahkan perasaan tapi bkn semua ok..

ini adalah hal2 termasuk.... kekeluargaan.. atau ader org tersecret admire kat haku ker nnti..
kahkahkahkah..perasan!! ;p

lbh2 lagi..aku terasa..akan ada hati yg terasa..iaitu aku!!
kenalah jugak aku membina blog yg baru beberapa minit ditubuhkan ini..
masih baby dan pagenya pun agak kucar kacir.. ***maaf***

aku harap..dgn ada blog ini...
dapatlah aku meluahkan segala yg terbuku agar ia tak membeku di dada..
takut meletopppp!!!

ermmmm... *pasrah***