...Kisah Cinta 07Feb 2010....

......Hari-hari yang penuh dengan emosi....

Thursday, July 8, 2010

Warkah


Assalamualaikum sayang..
Apa khabar?.. Ibu harap anak ibu baik2 sahaja walaupun ibu tak tahu bagaimana keadaan anak ibu.. tapi ibu berdoa dan berharap semuanya baik2 saja ye.. ohh..tujuan ibu melayangkan warkah ini adalah utk meluahkan apa yg ibu rasa.. Ibu tahu ibu mungkin bukan ibu yg baik..tapi ibu cuba utk jadi yg terbaik untuk anak-anak ibu..itu harapan dan impian bukan sekarang..tapi berkurun dulu.. Ibu mmg tak ada pantang apa2.. sbb ibu alami alahan yng teruk.. jadi apa saja makanan dan minuman yg boleh, ibu makan dan minum saja.. maafkan ibu sbb masa alahan tu..ibu tak makan dan minum apa-apa pun..sampai ibu rasa perut ibu sakit sgt..tulang belakang ibu sakit..dan ibu menangis sbb tak tahan dgn sakit tu.. tapi ibu takut nk mkn atau minum sbb ibu tak sanggup menghadapi sakit dan seksanya bila muntah..ia menambahkan sakit badan ibu.. ibu mengeluh..menangis..tapi bkn sbb ibu keluh adanya anak ibu ni..tp ibu sedih sbb ibu tak berjaya jadi ibu yg baik.. ibu sedih bila makanan yg ibu makan keluar balik sedangkan makanan tu penting tuk anak ibu.. ibu fikir..apalah anak ibu nak makan kalo semuanya dah keluar balik sbb ibu muntah..tapi anak ibu kuatkan.. ibu hanya harap dgn asid folik sahaja masa tu..ibu tekad gak makan asid folik walaupun ada ketikanya mmg macam nk muntah balik tapi ibu tahan sedaya upaya ibu..ibu harap sangat kalau pun ibu tak makan..asid folik tu boleh tlg anak ibu.. ibu minta maaf kalau ibu ada sakitkan anak ibu..sbb ibu ada perasan ibu ada rasa sakit perut sgt..tapi masa tu ibu tak tahu ibu mengandung.. ibu cuci rumah kita..ibu jalan laju-laju sbb ibu mmg tak tahu ibu mgandung walaupun kadang2 ibu rasa pening dan nak muntah..hati ibu kuat mengatakan ibu mengandung tapi bila ibu buat ujian kehamilan ianya Negatif..kata makcik ibu..iaitu nenek Ana kamu..sbb masatu kamu kecil lagik..jadi tak dapat nk kesan kehadiran kamu... Maafkan ibu yee.. ibu mmg btl2 tak tahu masa tu.. tapi macam ibu katakan tadi..ibu yakin anak ibu ni kuat.. kuat macam ibu kan??.. Skrg..Alhamdulillah.. alahan ibu dah kurang..ibu dah boleh makan dan minum..cuma biasalah kdg2 ibu rasa nk muntah.. penat dan ibu masih tak boleh minum air masak.. tapi itu pun ibu dah rasa bersyukur sangat..sbb ibu dah boleh makan..jadi anak ibu dah dapat sumber makanan dari ibu kan..berat ibu pun dah naik skrg, kalo dulu..ibu hilang 5kg masa 3 bulan pertama hamilkan kamu.. baru-baru ini ibu pergi buat pemeriksaan di klinik..berat ibu naik 2 kilo..oklah kan..atleast doktor pun dah tahu ibu dah ader selera makan balik..skrg pun ibu asyik lapar saja..dan kalo lapar mmg ibu akan terus makan..sbb kalau tak..perut ibu akan masuk angin dan sakit.. jadi ibu makin sikit2 tapi kerap.. lagi satu sbb ibu fikirkan kamu..ibu tahu bila ibu lapar..kamu pun akan lapar kan..jadi ibu tak mahu anak ibu lapar..kalau ibu lapar tak apa..tapi kalau anak ibu lapar..luluhnya hati ibu.. Duit gaji ibu semuanya banyak ibu habiskan beli makanan yg ibu rasa nk makan.. Uwan (panggilan untuk 'ayah' bagi orang Brunei) mmg tak halang ibu nk beli apa pun jadi ibu suka sangat..tapi kan ibu perasan kamu ni cerewet kan?.. semalam kamu ok saja makan makanan tu..tapi esok bila ibu beli lagi..kamu dah tak mahu..ibu muntah dan ibu rasa makanan tu dah tak sedap dah.. pastu ibu selalu terbayang makanan yg mahal-mahal.. bila dah terbayang ibu beli saja walaupun berapa harganya.. mula2 dulu ibu langsung tak boleh makan nasi..benci btl tgk nasi..ibu suka spagetti..makaroni, penne.. hahaha..memang selera mat salleh kan.. tapi sekarang dah boleh dah..tapi itu pun tgk nasi macam mana.. kalo beras murah mmg ibu tak selera..hamboi.. cerewet sungguh.. org kata tu mak nya yang mengada..tapi ibu diam saja..nk buat macam mana..org tak hamil tak tahu lah..lagipun bkn semua org sama kan..macam kawan ibu..tiap kali pakai tudung dia muntah..kalo pakai tudung tgk cermin lagilah muntah..pelik kan?..tapi itulah kenyataannya..lain orang lain ragamnya..tak sama..so ibu tak kisahlah bila org nk kata ibu mengada ker apa.. bkn ibu minta duit sesiapa pun..asal anak ibu sihat sudahlah.. btl tak?.. ibu ingat..ibu nak mula beli barang kamu..kesian pula ibu tgk kamu..satu apa pun tak beli..atleast adalah sepasang dua baju utk kamu kan..bukan ibu tak mahu beli tapi ibu sekrg malas btl nak keluar..apatah lagi pergi tempat-tempat yg sesak dan ramai orang.. ibu rasa nak lepak di rumah saja..apatah lagi rumah kita tu sejuk tau..mlm2 ibu tak buka kipas pun..tapi macam duduk kat cameron.. sejuk sangat..mmg rasa syok jerk lepak kat umah.. dapur gas pun ibu dan uwan tak beli lagik sbb tak keluar pun shopping.. teruk kan??.. hahahahah.. ibu ingat nak beli sekrg bkn apa..bulan depan dah mula puasa..masa tu mesti ibu lagi penat kalau nak keluar..walaupun ibu tak tahu ibu puasa ker tak nanti.. tapi kalau haus atau lapar ker takkan ibu nk p singgah Mc D pulak kan..malulah.. ibu nak beli sikit2.. sbb ibu tak mahu rasa pengaliran wang yang banyak nnti.. skrg ibu tengah survey apa brg yang penting dan yang tak berapa penting.. lagipun ibu dan uwan baru pindah rumah..barang2 rumah pun banyak nak beli lagi jadi ibu kena bijak dalam berbelanja kan..hahaha tapi kalau bab makanan mmg ibu tak bijak pun..ibu beli saja apa yang ibu nak makan..hehehe... Nama kamu pun ibu belum cari btl2 lagi..adalah hari tu cari tapi ibu tak puas hati lagi..macam nak cari lagi yang betul2 memuaskan hati ibu..mestilah ibu nak yang terbaik untuk anak ibu kan..nama pun yang punya maksud yang baik-baik je kan.. jadi nak yang terbaik makan masa juga..betul tak?.. Dulu masa anak dara..ada juga ibu cari nama konon-konon senang bila dah nak ada anak.. tapi bila btl nak ada anak..tak semudah yang disangka pula kan..nak nama yang baik-baik dan sedap.. ibu tak mahu bagi nama yang sedap tapi tak tahu apa maksudnya.. ibu nak nama anak ibu tu jadi doa.. semua pun mahu yang terbaik untk anak-anak kan..ibu pun macam tu.. Anak ibu sayang.. ibu tak kisah apa jantina kamu..lelaki atau perempuan tetap anak ibu kan..walaupun ibu harap dulu masa tu belum kahwin lagi..kalau anak sulung biarlah lelaki..tapi sekarang ibu tak kisah..lelaki atau perempuan ibu sayang juga sbb darah daging ibu kan.. ibu cuma harap kamu sihat sempurna dan segala-galanya selamat..Ibu cuma harap..kamu jadi anak yang baik..walaupun ibu pun bukan baik sangat tapi kamu contohilah apa-apa sifat baik yang ada dalam diri ibu.. yang tak baik tu kamu jgn pula ikut yee.. ibu doakan kamu jadi anak yg kuat menempuh cabaran di dunia..hidup di dunia mmg banyak cabaran tapi kamu jangan risau..ibu akan sentiasa memimpin kamu supaya kamu tak terbabas dan ibu sentiasa ada di sisi kamu bila kamu memerlukan..ibu nk kamu tahu..kasih ibu sampai ke syurga untuk anak-anak ibu..ibu sanggup berkorban apa saja..sbb tu ibu tak fikir langsung sakit nak bersalin nnti macam mana..bagi ibu, ibu akan buat sebaiknya utk melahirkan anak ibu nnti..sakit pun sakit lah kan..dapat pahala.. jadi apa yg ibu nak takutkan?..ibu cuba hadapinya dengan tenang sbb ibu sayang anak-anak ibu.. ibu rasa..semua yg bergelar ibu pun sama macam ibu.. semua sanggup berkorban utk anak-anaknya.. sbb itu..syurga di bawah tapak kaki ibu..ingat yee..

Salam Sayang,
Ibu

No comments:

Post a Comment